Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

5 Fakta Misteri Kematian Aktres Pakistan, Humaira Asghar Ali

by Soph Azz
July 14, 2025
Foto - @humairaaliofficial (IG)

Foto - @humairaaliofficial (IG)

Share on Facebook

Jika kamu tidak tahu, aktres Pakistan iaitu Humaira Asghar Ali telah ditemui meninggal dunia di apartmennya di Karachi, Pakistan pada Selasa (8 Julai 2025) baru-baru ini. Pihak polis menemuinya selepas menerima laporan daripada tuan rumah yang menyatakan Humaira tidak dapat dihubungan dan tidak membayar sewa.

Kematiannya telah mengejutkan orang ramai dan menjadi topik perbualan apabila mayatnya dilaporkan telah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu.

Berdasarkan laporan bedah siasat, mayat Humaira berada dalam tahap penguraian yang betul tetapi tiada butiran lanjut mengenai punca kematiannya.

View this post on Instagram

A post shared by Humaira Asghar (@humairaaliofficial)

Berita kematiannya telah menjadi kontroversi berikutan khabar angin bahawa keluarga Humaira menolak untuk menerima jenazahnya. Berikut Murai kongsikan lima fakta kematian Humaira yang sangat misteri.

1. Pintu rumah terkunci dari dalam 

Pegawai polis Gizri mendedahkan mayat Humaira ditemui mati pada petang Selasa (8 Julai 2025) sekitar jam 3.15 petang. Pihak polis pada awalnya tidak dapat mengakses apartmennya kerana pintu (pintu utama dan pintu balkoni) telah dikunci dari dalam.

View this post on Instagram

A post shared by Humaira Asghar (@humairaaliofficial)

Mereka hanya dapat masuk dan menemui mayat selepas terpaksa memecahkan pintu. Berdasarkan siasatan, polis tidak menemui sebarang petunjuk bahawa ada orang lain telah memasuki kediaman tersebut.

2. Meninggal dunia sejak 9 bulan yang lalu 

Berdasarkan siasatan digital dan forensik, Humaira telah meninggal dunia sejak Oktober 2024. Polis juga menemui beberapa petunjuk yang menyokong anggaran ini, seperti aktivitinya dan rekod telefon. Malah bukti lain yang menyokong laporan ini termasuklah makanan yang telah tamat tempoh dan bekas berkarat di dapur. Makanan itu telah tamat tempoh enam bulan lalu.

3. Aktiviti terakhir pada September 2024 

View this post on Instagram

A post shared by Humaira Asghar (@humairaaliofficial)

Menurut siasatan, Humaira dilihat aktif buat kali terakhir di media sosial pada September 2024. Dia membuat catatan terakhirnya di Facebook pada 11 September 2024, dan di Instagram pada 30 September 2024. Jiran yang ditemu bual juga berkata mereka tidak pernah melihat aktres itu sejak September tahun lalu.

4. Keluarga bantah khabar angin 

Khabar angin tersebar, kononnya keluarga Humaira enggan menerima mayat aktres itu. Bagaimanapun, pihak keluarga menafikan perkara ini dan akhirnya tampil membawa pulang jenazah Humaira.

View this post on Instagram

A post shared by Humaira Asghar (@humairaaliofficial)

Naveed Asghar, abang Humaira, mengesahkan pihak keluarga tidak pernah menolak jenazah. Keluarga Humaira mengambil masa yang lama untuk menguruskan penghantaran pulang jenazah kerana masih bersedih dengan kematiannya.

5. Mayat dihantar pulang ke kampung halaman 

Mayat Humaira akhirnya dibawa pulang ke kampung halamannya di Lahore, Pakistan. Naveer menjelaskan bahawa mayat itu baru sahaja diambil kerana perlu mengikut prosedur polis dan pihak yang mengendalikan.

View this post on Instagram

A post shared by Humaira Asghar (@humairaaliofficial)

“Tidak benar untuk mengatakan bahawa kami telah memutuskan hubungan dengannya. Sejak tiga hari lalu, kami telah berkomunikasi dengan polis untuk menyelaras penghantaran pulang mayat.”

Untuk pengetahuan kamu, baru-baru ini muncul petisyen baharu mendakwa Humaira telah dibunuh. Petisyen telah difailkan di Mahkamah Bandaraya Karachi dan siasatan baharu sedang berlangsung.

[VIDEO] Siapakah Humaira Asghar? Pelakon Pakistan Ditemui Mati Reput & Mengerikan
Humaira Asgharhumaira asghar ali
https://lomp.at/btazb
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syifahadju (IG) / @ahmaddhaniofficial (IG)
Indonesia

Gara-Gara Kewangan Terjejas, Ahmad Dhani ‘Cancel’ Majlis Sambut Menantu

by Nurul A.
January 19, 2026

Nampaknya tak lama lagi kita dapat melihat majlis perkahwinan mewah anak kedua Ahmad Dhani iaitu El Rumi dan pasangannya, Syifa...

Read moreDetails
Spotlight

Makan Dalam! Izara Aishah Bersuara Isu Konsert Siti Nurhaliza Dianggap ‘Boring’

by Zaidin Albert
January 14, 2026

Isu “boring concert” tiba-tiba menjadi buah mulut netizen selepas posting Izara Aishah di Threads menarik perhatian ramai. Dalam posting itu,...

Read moreDetails
Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
Spotlight

“U Rasa Indonesia Bagus Sangat Ke?”- Allan Anderson Ditegur Aktres Veteran Malaysia

by Phic ARMAN
February 4, 2026

Kadang-kadang, cerita paling melekat dalam dunia hiburan bukanlah tentang kemenangan atau trofi, tetapi detik jujur yang berlaku tanpa skrip. Itulah...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore