Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

5 Hal Yang Perlu Anda Pertimbangkan Dalam Menyambut Ramadan Ketika PKP

by Aphit J.
April 25, 2020
Share on Facebook

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum menyambut bulan Ramadhan. Tahun ini, menyambut Ramadhan dengan sedikit berbeza daripada tahun yang sebelumnya. Daripada bazaar Ramadhan secara online sehinggalah solat terawih di rumah, puasa kali ini pasti memberikan kesan kepada kita semua.

Perlu diambil perhatian mengenai persediaan penting yang perlu diambil kira sebelum menyambut Ramadhan. Berikut adalah beberapa persediaan penting yang dikongsikan oleh halaman Have Halal Will Travel.

Makanan Yang Memudahkan Untuk Bersahur Dan Berbuka

via Nourish

Bagi kebanyakan daripada kita, pemilihan makanan yang cepat dan mudah untuk disiapkan adalah suatu kewajipan di bulan Ramadan ini. Apa-apa makanan yang mudah dimasak pasti menjadi pilihan utama.

Selain itu, melihat kepada keadaan sekarang ini, kebanyakkan memilih untuk memasak di rumah untuk berbuka. Jadi pastikan anda mempunyai stok makanan dan peralatan dapur yang akan memudahkan penyediaan makanan.

Persediaan Ibadah Di Rumah

via ibiteow

Menurut halaman Have Halal Will Travel, dalam keadaan sekarang ini, mungkin rumah adalah pilihan terbaik untuk beribadah. Untuk melaksanakan ibadah dengan selesa, sebaiknya memastikan anda mempunyai semua barang keperluan yang diperlukan.

Contohnya, dapatkan tikar solat tambahan agar anda dapat menampung semua ahli keluarga untuk solat berjemaah, serta salinan Al-Quran atau Yasin.

Barang Keperluan Memasak Dan Membakar

via My Fitness

Pasti anda rindukan kesesakan dan bau juadah di bazar Ramadhan betul? Tahun ini kebanyakkan daripada terpaksa memilih untuk memasak sahaja dirumah. Jadi sebaiknya barang keperluan untuk menyediakan juadah berbuka dan membuat pencuci mulut perlu ada di dalam pantry anda.

Mungkin untuk menaikkan mood Raya, anda boleh mula untuk menyediakan barang keperluan untuk membuat kuih raya. Membuat pelbagai jenis kuih raya bersama keluarga pasti memberikan keseronokkan kepada semua isi keluarga.

Peralatan Rumah Yang Memudahkan Hidup Anda

via USA Today

Dalam keadaan dunia sekarang ini, pelbagai pilihan peralatan rumah yang dapat memudahkan kerja seharian anda. Ini dapat membantu anda dalam memasak, mengemas rumah dan juga melakukan aktiviti seharian.

Halaman Have Halal Will Travel ada mencadangkan beberapa pilihan peralatan keperluan seperti microwave, cordless vacuum, air fryer ataupun robot vacuum yang dapat membantu ketika ini. Dengan adanya peralatan ini, mungkin anda boleh fokus kepada perkara lain di bulan Ramadhan ini.

Persediaan Menjelang Raya

via Butter Kicap

Rasanya tidak keterlaluan untuk menyediakan keperluan raya di bulan Ramadhan bukan? Tidak semestinya dengan kawalan pergerakkan ini menyebabkan anda terbatas untuk membeli barang keperluan raya dan menghilangkan mood raya anda.

Salah satu cara yang boleh digunakan adalah membeli baju raya dan kuih raya secara online. Bukan itu sahaja, anda boleh membeli beberapa barang perhiasan rumah di beberapa aplikasi di talifon anda.

Walaupun kita dalam berjaga-jaga dengan keadaan sekarang ini, diharapkan bulan Ramadhan kali ini dapat memberikan kita seribu satu makna dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim kita antara keluarga.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
barang keperluan puasamemudahkan puasaperalatan memudahkan memasakpersediaan puasapersediaan ramadhanpersediaan rayaRamadhan
Share4Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    “Okeylah English Dia!” Peminat Puji Hakim Danish Petah Ditemu Bual Media Antarabangsa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara