Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

5 Menariknya Aplikasi Ikhlas.com Buat MURAI Rasa, ‘Eh, Kenapa Aku Tak Download Awal-Awal?’

by Phic ARMAN
July 30, 2025
Share on Facebook

Semalam MURAI dijemput ke pelancaran semula ikhlas.com Travel & Umrah Sdn Bhd yang diadakan di tempat cukup cantik, Rumah Puteh, Kuala Lumpur.

Yang hadir pun bukan calang-calang, dari editor majalah terkenal, pempengaruh travel, penulis kembara sampailah ke wartawan yang selalu kita tengok di TV. Tapi yang paling menarik perhatian MURAI ialah bagaimana ikhlas.com memperkenalkan pendekatan pelancongan yang bukan sekadar pergi makan angin… tapi juga penuh makna dan muhasabah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ikhlas Kamarudin memberi penerangan ketika sidang media berlangsung.

Jadi, lepas teliti satu-satu, ini MURAI nak kongsi 5 sebab kenapa aplikasi ikhlas.com wajib ada dalam telefon anda tak kira iPhone ke Android ke, semua boleh.

1. Pakej Mesra Muslim Sampai Hentian Solat Pun Ada

Bukan semua ejen fikir pasal waktu solat. Tapi dengan ikhlas.com, bukan saja ada tempat makan halal, malah waktu solat dan tempat solat pun siap dijadualkan. Bayangkan tengah sibuk ambil gambar kat taman bunga di Jepun, tetiba dapat alert: “Masuk waktu Asar.” Terus rasa tenang, tak perlu Google “nearest surau near me” dalam bahasa Jepun yang kita pun tak reti baca.

2. Tempah Online Je – Tak Perlu Jumpa Muka Ejen (Kalau Malu)

Semua orang ada masa jadi introvert, kan? Dengan ikhlas.com, anda boleh buat semua dari rumah: pilih pakej, mesej konsultan, serah dokumen, sampai bayaran semua hujung jari. Nak bayar guna AirAsia Rewards pun boleh, sambil-sambil kumpul mata, boleh plan trip seterusnya.

3. Travel Tapi Rasa Macam Ada PA Ikut Sekali

Kumpulan pelancongan ikhlas.com tak besar, bukan jenis 40 orang naik satu bas sampai nak turun pun kena tunggu 15 minit. Group kecil je, jadi rasa lebih personal. Panduan pelancongan pun bukan baca skrip semata, tapi tahu spot best yang tak ramai orang tahu. Contoh: kafe viral tapi halal, tempat beli fridge magnet murah, dan kedai ramen yang tak perlu tanya “ini ada pork tak?”

4. “Travel Guide Interaktif” – Macam Ada Google Tapi Lagi Beriman

Aplikasi ni nanti akan ada ciri Travel Guide interaktif. Info solat? Ada. Cuaca? Ada. Kadar tukaran wang? Ada. Tip makanan halal? Pun ada. Pendek kata, kalau telefon anda hilang, mungkin anda pun hilang arah hidup (buat sementara).

5. Taklimat Pra-Perjalanan yang Boleh Selamatkan Nyawa (Atau Sekurang-kurangnya, Powerbank Anda)

Sebelum terbang, anda akan dapat semua info digital: senarai barang nak bawa, tempat menarik, itinerari ringkas, bahkan tip free & easy. MURAI rasa kalau ada checklist ni, takde lah tertinggal stokin 4 hari berturut-turut.

BONUS: Promosi Yang Buat Anda Tergoda

MURAI paling suka part ni. Sempena pelancaran semula, ikhlas.com bagi:

  • Beli 1 Percuma 1 untuk trip Asia Tenggara
  • Diskaun RM1,000 untuk 2 orang ke destinasi luar Asia
  • Potongan sehingga RM2,000 untuk 4 orang ke Jepun, Korea, Kazakhstan
  • Kalau dapat sponsor, MURAI dah packing sekarang.

ikhlas.com bukan sekadar aplikasi travel. Ia macam bestie Muslim yang sentiasa ada bila kita nak travel, bawa kita pergi tengok dunia, sambil jaga solat, makan dan akhlak.

MURAI dah download. Anda bila lagi?

Muat turun aplikasi ikhlas.com hari ini di App Store atau Google Play Store. Nak tahu lebih lanjut? Jemput ke ikhlas.com.

Ingat, travel tu bukan sekadar cuti, tapi peluang jadi versi terbaik diri kita.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ikhlas.com Travel & Umrah Sdn Bhd
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara