• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

5 Panduan Sebelum Mengecat Rumah Saat Menjelangnya Lebaran

by Jash Lee
May 1, 2021
Share on Facebook

Memang sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita apabila semakin dekat menjelang lebaran maka semakin terujalah setiap umat Islam untuk membuat perancangan dan kalau diikutkan hati segalanya mahu ditukar baru dan hal ini juga merupakan waktu yang terbaik untuk mengecat rumah agar kelihatan lebih segar dan baru.

Namun, sebelum anda merancang untuk mengecat rumah, terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan bagi mendapatkan hasil yang lebih maksimal.  Berikut kami ingin kongsikan bersama pembaca 5 panduan yang perlu anda ambil tahu sebelum mula mengecat rumah. Ini adalah kerana dengan cara dan teknik yang betul, hasilnya nanti pasti amat memuaskan. Jom kita tengok!

1. Bersihkan Permukaan Dinding

via pacificpaint.com

Sebelum mengecat, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bahagian permukaan dinding. Pastikan dinding tersebut bersih dan licin. Anda boleh menggunakan kain untuk menghilangkan debu dan kesan kotoran pada permukaan dinding. Untuk bahagian lain yang tidak rata, timbul atau berbonjol, anda boleh menggunakan scrapper dan tutup permukaan yang berlubang dengan menggunakan filler, ratakan dan biarkan semalaman sehingga filler kering.

2. Peralatan yang Diperlukan Untuk Mengecat Rumah

via blogspot.com

Peralatan yang wajib ada bila anda merancang untuk mengecat rumah adalah roller, berus cat, bekas cat, alas plastik, scrapper, surat khabar, sealer (cat alas) dan tangga. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan permukaan cat yang lebih licin dan rata, gunakan sealer terlebih dahulu dan kemudian cat. Sealer ini umpama gam antara cat dengan dinding untuk cat kekal lebih lama.

Pastikan juga fungsi dan kesesuaian cat yang digunakan. Sesuai dengan warna dan tahan terhadap segala cuaca.

3. Teknik Mengecat Yang Betul

via rumahcor.com

Teknik mengecat yang betul adalah sangat penting untuk menampakkan hasil yang lebih sekata, tidak bertompok dan cantik. Langkah pertama adalah dengan menyapu sealer pada semua bahagian dinding rumah. Mulakan pada bahagian tepi dinding dan sapu dengan menggunakan berus cat. Tampal masking tape pada bahagian bawah bagi mengelakkan cat dari terkena lantai. Setelah semua bahagian siap dialas menggunakan sealer dan biarkan cat sealer kering lebih kurang 2 jam, barulah kerja mengecat dapat dimulakan. Anda boleh menggunakan roller dan pada bahagian atas dinding. gunakan tangga atau roller yang lebih panjang.

Teknik yang paling senang dan berkesan ialah cat dengan menggunakan teknik M atau W. Maksudnya arah sapuan adalah mengikut bentuk M atau W. Lapisan pertama biasanya kurang rata, anda tidak perlu risau, hanya biarkan cat kering dan sapu untuk lapisan kedua. Hanya selepas lapisan kedua selesai, barulah warna cat sebenar akan kelihatan.

4. Jenis Dan Kesesuaian Cat.

via blogspot.com

Kebiasaannya terdapat 2 jenis cat iaitu cat untuk bahagian dinding luar rumah dan cat untuk bahagian dinding dalam rumah. Perkara ini kita wajib ambil tahu, kerana cat yang direka untuk bahagian luar adalah lebih tahan kepada keadaan cuaca dan air. Cat juga ada pelbagai gred, ada yang jenis kurang berbau, ada yang berbau sangat kuat, ada yang jenis kilat, ada yang tidak berkilat dan ada yang jenis boleh dilap jika terkena kotoran dan banyak lagi.

5. Pembersihan Selepas Selesai Kerja Mengecat

via blogspot.com

Sepanjang kerja mengecat dilakukan, pasti akan terdapat tompokan kecil yang terjatuh pada lantai. Jika cat tersebut masih basah, anda hanya boleh lap dengan menggunakan kain yang basah. Jika ianya sudah kering, anda boleh mengikis dengan menggunakan scrapper yang dialas dengan kain.

Semoga panduan untuk kali ini akan memberi sedikit pengetahuan baru dan boleh dijadikan rujukan kepada pembaca Murai.My. Semoga lebaran yang bakal disambut akan lebih ceria dan segar walaupun perjalanan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

cantikkanrumahmengecatrumahmenjelanglebaranpetua
https://lomp.at/r5lx3
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Budaya

Ramalan Baju Raya 2026: Dua Warna Ini Bakal Trending! Siap Menggoda Mata Tahun Ini

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Syawal 2026 semakin menghampiri, dan bagi peminat fesyen Raya, soal warna baju pasti menjadi topik hangat. Ramalan dari pengusaha fesyen...

Read moreDetails
Kesihatan

7 Petua Rawatan Untuk Luka Melecet Sembuh Dengan Cepat. Adakah Perlu Ditutup Atau Dibiar Terbuka?

by Jash Lee
December 19, 2020

Luka melecet biasanya tidak akan menyebabkan banyak pendarahan dan bersifat luka ringan sehingga ianya boleh sahaja dirawat sendiri di rumah....

Read moreDetails
Islamik

Keliru Mengenai Waktu Imsak Dan Subuh, Ini Waktu Sahur Yang Betul

by Aphit J.
May 3, 2020

Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Pada bulan ini, semua umat Islam akan memulakan puasa setiap...

Read moreDetails
Islamik

Bergelar Madu Paling Cantik, Safiyyah Isteri Nabi Berasal Dari Yahudi Sering Dicemburui Oleh Madu-Madunya

by Puteri Alia
March 1, 2024

Kisah hidup Nabi Muhammad SAW dan para isteri baginda merupakan sebahagian daripada warisan besar dalam sejarah Islam. Antara mereka ialah...

Read moreDetails
Tips

Ini Adalah 3 Ilmu Yang Hukumnya Berdosa Jika Umat Islam Tidak Mempelajarinya, Tidak Kira Usia!

by Jash Lee
November 7, 2023

Sebagai umat islam yang mukallaf (Baligh), wajib untuk memperlajari 3 ilmu fardhu ain dan mengamalkannya dan jatuh hukum berdosa jika...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore