Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

5 Sabun Terbaik Untuk Kulit Bayi Yang Sangat Sensitif

by Soph Azz
February 20, 2023
Foto - Vkaire

Foto - Vkaire

25
KONGSIAN
Share on Facebook

Berbanding dengan orang dewasa, kanak-kanak terutamanya bayi adalah manusia yang mempunyai kulit yang sangat dan lebih sensitif.

Daripada pakaian, makanan hingga ke produk penjagaan badan seperti sabun perlu diperhatikan dengan teliti. Mana taknya, bila kulit sensitif ini, kamu perlu pastikan setiap satu produk itu sesuai dengan kulit mereka.

Dan disebabkan oleh hal ini, ramai ibu-ibu menjadi runsing untuk memilih sabun yang terbaik untuk bayi mereka. Nak tahu tak sabun apa yang terbaik dan bagus untuk kulit sensitif bayi kamu?

#1 Drypers Baby Head To Toe 

Foto – Shopee

Mengandungi wangian mesra bayi, sabun ini sesuai juga digunakan pada bayi yang baru lahir. Ia juga berfungsi sebagai perapi rambut bayi dan diformulasi supaya tidak pedih mata.

#2 Sebamed Baby Liquid Cleanser 

Foto – Shopee

Ideal untuk kulit bayi, sabun ini berkemampuan untuk membersihkan kulit bayi secara lembut dan tidak memedihkan mata. Malah sabun ini juga mengandungi pH 5.5 iaitu sesuai untuk kegunaan bayi.

#3 Johnson’s Baby Bath Top To Toe 

Foto – Mom’s Cuddle

Sesuai untuk bayi kerana sabun ini mengandungi bahan yang lembut, bebas paraben dan tidak memedihkan mata.

#4 Chico Baby Moments No-Tears Set

Foto – Zalora Malaysia

Bagus untuk digunakan bayi yang mempunyai kulit sensitif, set sabun ini tidak mengandugi SLS, SLES, paraben, pewarna tiruan dan alkohol.

#5 Cetaphil Baby Moisturizing Bath & Wash 

Mengekalkan kelembapan dan menjaga kulit bayi, sabun mandian ini mempunyai kandungan pH yang seimbang dan bebas daripada bahan yang berbahaya.

Foto – Shopee
Tips pilih sabun yang sesuai untuk kulit bayi:
  1. Cari tahu dulu jenis kulit bayi; tapi kalau kulit sensitif, kering atau ekzema kena pilih sabun hypoallergenic.
  2. Elak piilih sabun yang mempunyai bahan yang kuat kerana ia boleh merosakkan kulit dan mengakibatkan bayi mendapat ruam atau reaksi alergi yang lain.
  3. Baca dulu kandungan sabun dan cuba elakkan sabun yang mengandungi bahan alkohol, propylene dan beberapa bahan kimia yang lain.
  4. Jangan beli sabun yang ada wangian kerana ia boleh sebabkan reaksi pada kulit seperti kemerahan, kegatalan dan tidak selesa.

Selamat beramal!

sabun bayisabun bayi kulit sensitifsabun kulit sensitif
https://lomp.at/u1yle
Share10Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore