Wednesday, August 27, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home HotList

5 Selebriti Yang Tidak Lagi Bergelar Kerabat Diraja

by Khai Azfar
November 7, 2017
1.3k
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika sebelum ini kami pernah senaraikan beberapa selebriti tanah air yang berkahwin dengan kerabat diraja, kali ini kami paparkan pula 5 selebriti yang kini tidak lagi bergelar kerabat atau orang istana. Meskipun begitu, menurut sesetengah adat, bagi mereka yang bercerai mati masih lagi dianggap sebahagian dari kerabat dan bagi yang bercerai ketika hidup, taraf mereka turut ditarik semula.

1. Mazuin Hamzah Dan Pengiran Muda Sufri Bolkiah

Masih ingat dengan kumpulan Quinnary M? Pada tahun 1987, salah seorang bekas ahli kumpulan itu, Mazuin Hamzah pernah menggemparkan negara apabila beliau dilamar oleh seorang putera diraja paling kaya di di dunia, Pengiran Muda Sufri Bolkiah.

Menerusi sumber Utusan, majlis pernikahan pasangan ini yang diadakan di Istana Brunei juga diperkatakan sehingga bertahun-tahun lamanya. Namun begitu, murai.my difahamkan pada tahun 2003 pasangan ini telah bercerai dan Mazuin kini hanya dikenali sebagai Dayang Hajah Mazuin Hamzah.

2. Dato Sri Maria Menado dan Almarhum Sultan Abu Bakar

Salah satu bintang veteran favourite murai.my. Pada 1963, primadona filem Melayu, Maria Menado dilamar oleh Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar. Perkahwinan Maria dengan Almarhum Sultan Abu Bakar dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Tengku Norashikin, Tengku Idris dan Tengku Baharuddin. Kasih mereka tetap berpanjangan sehinggalah kemangkatan baginda sultan.

Namun begitu pada 1978, cinta Maria bertaut kembali apabila bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Dr. Mohd. Husain Yusof. Pada Oktober 2017, Maria menerima darjah kebesaran dari Istana Pahang yang membawa gelaran Dato Sri.

3. Manohara Dan Tengku Fakhry

murai.my sering memaparkan artikel mengenai kehidupan peribadi bintang Indonesia ini.Mendirikan rumah tangga sekitar 2009, pelakon dan juga model terkenal ini, Manohara disahkan cerai dengan adinda Sultan Kelantan, Tengku Fakhry.

Manohara telah memohon cerai setelah mengaku dicederakan oleh Tengku Fakhry selain terdapat pelbagai faktor dan masalah sepanjang mereka bergelar suami isteri. Namun ada yang mengatakan ini hanya berita palsu dan sehingga sekarang belum ada yang sahkan kesahihannya.

4. Azrinaz Mazhar Hakim Dan Sultan Hassanal Bolkiah

Berita perkahwinan mereka turut menjadi perbualan apabila Sultan Brunei berkenan untuk menjadikan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim sebagai isteri pada 2005 dan mendapat gelaran Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar. Namun setelah memiliki dua cahaya mata, Azrinaz telah diceraikan pada 2010 dan gelaran diraja itu turut ditarik.

5. Amelia Thripura Henderson Dan Tunku Dato’ Harrunnarrassheed Putra

Suatu ketika dahulu wajah Amelia sering kali muncul di kaca televisyen menghiasi pelbagai ruangan iklan. Pelakon dan model yang sudah dewasa ini telah mendirikan rumah tangga bersama Tunku Harun yang juga anak saudara Sultan Kedah pada Ogos 2015 di Carcosa Seri Negara, dengan nama barunya Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah.

Namun begitu, hasil carian terkini murai.my mengenai perkembangan model ini menerusi sebuah forum, Amelia dikatakan telah bercerai malah gambar-gambar Tunku Harun di Instagram nya juga sudah dipadam. Adakah benar mengenai khabar berita ini atau hanyalah spekulasi dari netizen semata-mata? Kami sendiri tidak pasti, mungkin anda punyai jawapannya.

Amelia HendersonAzrinaz Mazhar Hakimdato sri maria menadomanoharamazuin hamzahPengiran Muda Sufri Bolkiahquinnary Msultan abu bakarSultan Hassanal Bolkiahtengku fakhryTunku Harun
https://lomp.at/bzt8v
Share540Tweet337SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Selain Peguam Ram Singh, Video Liputan Munafik Hunter Oleh Caprice Di Mahkamah Sabah Jadi Perhatian

  2. 2

    Kapsyen Aliff Aziz Di Thread Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Acah La Engkau..”

  3. 3

    [VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Anak Tok Ram Menari Buatkan Netizen Terhibur

  5. 5

    Ini Senarai Barangan MyKasih 2025 Yang Kamu Boleh Claim Guna MyKad!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem