• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

5 Petua Dari Bekas Ejen CIA, Untuk Pastikan Bilik Hotel Anda Selamat

by Phic ARMAN
January 28, 2020
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Pernahkah anda merasa takut atau gusar jika tinggal di bilik hotel seorang diri? Ya, sudah tentu anda pernah mengalami perasaan ini lagi-lagi jika bilik yang dihuni sangat besar.

Selain bimbang sebab tidak ditemani kawan atau takut makhluk halus, anda mungkin merasa ketakutan kerana bilik itu tidak selamat. Manalah tahu, mungkin barang-barang anda akan hilang saat anda meninggalkan bilik untuk keluar.

Seperti yang dilaporkan oleh Entrepreneur, veteran Marin dan bekas ejen CIA (Agensi Risikan Pusat), Drew Dwyer berkongsi 5 petua yang boleh anda lakukan untuk memastikan bilik anda sentiasa selamat. Nak tahu apa?

Hidupkan radio atau televisyen

Foto: Pinterest

Sebagai langkah berjaga-jaga, hidupkan radio atau televisyen dengan kadar bunyi yang rendah sepanjang tempoh penginapan.

Harus dipasangkan ketika berada di dalam bilik, atau tidak. Bunyi dari TV atau radio akan menghalang suara anda didengari oleh seseorang yang sedang cuba menghendap masuk bilik anda.

Bawa Penggera Gerakan/ Motion Alarm

Bawa penggera gerakan yang boleh diletakkan di sekitar pintu. Ia boleh dibeli dengan harga yang murah secara dalam talian dan boleh didapati di kebanyakkan kedai elektronik.

Jangan Pilih Bilik Paling Bawah Atau Paling Atas

Menurut Dwyer, tingkat bawah hotel dianggap kawasan paling mudah untuk diakses oleh penceroboh. Manakala bilik di tingkat teratas pula selalunya agak sukar untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kecemasan. Jadi pilihlah bilik yang berada di pertengahan.

Gunakan tanda “Do Not Disturb

Kaedah ini mungkin dianggap tidak terlalu selesa untuk sesetengah orang. Walau bagaimanapun, bagi anda yang bimbang bilik anda diceroboh orang yang tidak dikenali atau takut kehilangan sesuatu, tips ini akan sangat berguna.

Sentiasa gunakan tanda “Do Not Disturb” atau “Jangan Ganggu”, sama ada anda berada di dalam bilik atau tidak.

Pastikan Tutup Tingkap Dengan Langsir

Di samping itu, sentiasa tutup tingkap anda dengan langsir supaya orang tidak dapat melihat secara langsung bilik hotel anda.

Hidupkan Lampu Sepanjang Hari

Hidupkan lampu bilik sepanjang hari walaupun anda tidak berada di dalam bilik. Cara ini mungkin tidak menjimatkan elektrik dan tidak mesra alam. Tetapi dengan menghidupkan lampu bilik, anda memberi petunjuk kepada orang lain bahawa bilik itu ada penghuninya. Jadi, tidak mungkin ada yang berani untuk cuba pecah masuk.

Jangan lupa untuk menyimpan lampu suluh di sekitar katil. Letakkan lampu suluh di tempat yang mudah untuk dicapai, jadi anda tidak mempunyai masalah jika mahu menggunakannya apabila diperlukan.

Sediakan Beg Kecil

Sebagai langkah terakhir, sediakan beg kecil yang mengandungi barang-barang penting. Bermula dari kad pengenalan sehinggalah dokumen peribadi seperti pasport, kad bank, dan telefon bimbit. Juga ubat-ubatan (jika anda mempunyai ubat-ubatan yang mesti dimakan mengikut arahan doktor), dan sebagainya. Apabila sesuatu berlaku yang diingini, tak perlu fikir panjang “ambil dan lari”.

Bagaimana, tip dari Dwyer ini sangat mudah bukan? Jangan lupa untuk mempraktikkannya.

https://lomp.at/tg2hc
Share28Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore