Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

6 Gambar Wi Ha Joon Di Luar Penggambaran. Ternyata Kacak Dan Sangat Comel!

by Jash Lee
October 2, 2021
Share on Facebook

Nama Wi Ha Joon semakin dikenali lagi setelah muncul sebagai pemain besbol terkenal dalam drama ‘Korea 18 Again’. Bintang kelahiran 1991 ini telah membuat penampilan sulungnya pada tahun 2016 dan telah membintangi banyak filem dan drama. Namanya kembali mencuri perhatian apabila dia muncul sebagai seorang anggota polis yang tampan yang bernama Hwang Jun Ho yang membuat penyiasatan dalam ‘Squid Game’.

via IntipSeleb

Selain peranannya sebagai pelakon, Wi Ha Joon yang kini berusia 30 tahun juga memiliki bentuk tubuh yang sado dan ini adalah salah satu faktor dia menjadi perhatian ramai orang. Kebanyakan mereka yang bergelar selebriti akan kelihatan sangat menarik di dalam drama, namun ternyata di dunia nyata, Wi Ha Joon juga masih terlihat sangat segak dan comel. Gayanya di luar drama juga berjaya untuk membuatkan ramai yang terpesona dan cair. Di sini kami akan kongsikan dengan anda beberapa foto Wi Ha Joon sewaktu di luar penggambaran yang menjadi tarikan peminatnya terutama sekali peminat wanita.  Jom kita tengok!

1. Comel

via KpopMap

Pelakon yang dilahirkan pada 5 Ogos 1991 ini nampaknya suka berposing ala ala ‘cute’ ini ketika berehat dari penggambaran. Wi Ha Joon nampak begitu manis sambil memegang topi. Senyum sinisnya juga membuatkan ramai yang cair melihatnya.

2. Berotot

via Ig

Pelakon detektif Hwang Jun Ho ini mempunyai otot yang sado dan tubuh badan yang sangat sasa. Dia cukup rajin bersenam, jadi tidak hairanlah jika otot-otot tangannya menjadi besar sebegini.

3. Sangat Kacak Dan Gagah

via Ig

Pasti ramai yang setuju bila kami mengatakan bahawa salah seorang bintang ‘Squid Game’ ini memiliki wajah yang sangat kacak apatah lagi bila Wi Ha Joon dengan gambar ‘topless’ ini, kelihatan begitu tampan dan gagah. Anda setuju?

[VIDEO] GENBLUE Lawat Malaysia, Lancar Album Mini Pertama ‘ACT LIKE THAT’

4. ‘Six Pack’

via Ig

Wi Ha Joon bukan sahaja memiliki otot lengan yang sangat sado, malahan dia juga mempunyai ‘six pack’. Gayanya di dalam gambar ini berjaya merosakkan mata para peminatnya kerana mereka pasti teruja apabila dia menayangkan dada dan juga perutnya yang berotot.

5. Gaya Santai

via Ig

Ketika tidak bekerja, Wi Ha Joon lebih suka kelihatan santai. Kemeja lengan panjang dan seluar panjang ini adalah pilihan utamanya dalam pemakaian seharian. Penampilan kasualnya ini sebenarnya menjadikan pesona mudanya semakin bersinar.

6. ‘Boyfriend Material’

via Ig

Walaupun dia kerap memainkan watak yang gagah, tetapi ketika dia senyum seperti ini, Wi Ha Joon kelihatan sangat comel. Gaya santainya ketika dia minum kopi terasa seperti dia mengajak peminatnya untuk ‘dating’ bersama. ‘Boyfriend material’ betul gayanya.

Jadi, itulah antara foto Wi Ha Joon semasa di luar waktu penggambaran. Ternyata dia seorang yang sangat kacak dan comel. Dari 6 gambar di atas, yang mana satu yang menjadi pilihan hati pembaca?

kpopsquidgamewijahoon
https://lomp.at/dl973
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @kamaladli (Threads)
Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa...

Read moreDetails
Lokal

Jep Sepahtu Tinggalkan Sinar FM, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu membuat pengumuman mengejutkan peminat bahawa dia mengundurkan diri sebagai penyampai radio di Sinar FM....

Read moreDetails
Berita

Aliff Syukri Pasang Impian Mahu Duet Dengan Siti Nurhaliza-“Kita Ini Insan Yang Kerdil…”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan hasratnya untuk berduet dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Luah Impian...

Read moreDetails
Foto - @errafazira (IG)
Lokal

Kejutan Dari Isteri Buat Mr. E, Reaksi Jujurnya Buatkan Peminat Tersentuh

by Nurul A.
January 5, 2026

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan aksi romantisnya sempena hari kelahiran suami tercinta iaitu Ezwan...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore