Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

6 Gaya Kim Kardashian Yang Tutup Litup, Tengah Belajar Tutup Aurat Ke?

by Soph Azz
April 4, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Kim Kardashian tutup aurat? Serius ke?

Bertenang, Kim Kardashian bukannya menutup aurat dengan sepenuhnya. Hanya pernah mengenakan beberapa gaya dan kostum yang menutup seluruh badannya, membuatkan ramai yang terpaku dan tertanya-tanya sahaja.

Kalau kamu ingat, pernah sekali Kim tampil di Met Gala 2021 dengan mengenakan kostum full suit dalam rona hitam. Kostum tersebut menutup seluruh badannya, daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki, membuatkan ramai yang ‘terpaku’ dan terdiam melihat fesyennya itu.

Untuk pengetahuan kamu, ini bukanlah pertama kalinya Kim tampil sebegitu. Ada beberapa ketika lain, Kim tampil dalam kostum yang sama. Sama ada tutup seluruh badannya atau tutup dari kepala hingga ke kaki seperti…

Foto – Pinterest

Di Met Gala 2021, Kim membuat kemunculannya mengenakan kostum full suit dalam rona hitam daripada Balenciaga. Selain penutup muka, kostumnya terdiri daripada hugging dress dengan perincian lengan belon, seluar ketat dan but kitten heels.

Foto – Pinterest

Semasa Halloween 2020, Kim memilih morph suit merah Balenciaga yang hanya mempamerkan mata dan mulutnya melalui lubang berzip. Suitnya itu lengkap dengan kasut terbina dalam serta dipadukan bersama helain kain membentuk seperti gaun.

Foto – Pinterest

Tampil dalam tema serangga untuk Halloween 2019, Kim mengenakan bodysuit ala-ala cacing, menutup seluruh badannya kecuali wajah. Apa yang menarik perhatian, cermin matanya berbentuk seperti bra.

Foto – Pinterest

Bergaya dalam Balenciaga, Kim menggabungkan bodysuit kulit dalam rona hitam dengan trench coat, sarung tangan, stiletto boots dan full mask di bahagian wajahnya. Tapi masknya ada zip untuk bahagian mata dan mulut, serta rambutnya.

Foto – Pinterest

Hadiri majlis ‘Donda’ Kanye pada 2021, Kim tampil dalam gaun pengantin dalam rona putih yang ditutup dengan veil yang panjang. Kalau kamu perhatikan betul-betul, hanya nampak bayangan braided ponytailnya sahaja.

'Target' Pembunuh Upahan, Kim Kardashian Dedah Suspek Adalah Orang Terdekatnya
Foto – Pinterest

Ala-ala Batwoman ketika hadiri parti Met Gala 2021, Kim memadukan catsuit hitam yang digabungkan bersama long skirt dengan cermin mata yang berbentuk seperti topeng. Keseluruhan penampilannya dilengkapkan dengan gaya slick ponytail yang panjang.

Kostumnya boleh dikatakan semuanya daripada Balenciaga tau!

fashion kim kardashiankim kardashiankim kardashian balenciaga
https://lomp.at/gpseb
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - PUMA x Pokémon
Fesyen

Teroka Ke Dunia Lain Dengan Kolaborasi PUMA X Pokémon

by Nurul A.
April 7, 2026

PUMA bekerjasama dengan Pokémon, untuk meraikan 30 tahun francais hiburan global. Meneroka "Into Another World," visual kempen ini menghubungkan dunia...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara