• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

6 Kelainan Wajah Sejak Lahir Yang Menyedihkan, Ada Yang Bertanduk!

by Jash Lee
March 7, 2020
Share on Facebook

Setiap orang dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Biasanya kelebihan yang kita miliki akan menutupi kekurangan yang kita ada. Memiliki wajah yang sempurna adalah impian setiap insan.

Namun, ada juga dikalangan kita yang dilahirkan dengan bentuk wajah yang menyedihkan. Kali ini kami di Murai MY akan berkongsi dengan anda 6 kelainan wajah manusia yang mengerikan.

Cassidy Hooper

Cassidy Hooper seorang gadis yang dilahirkan pada tahun 1996 di Charlotte, North Carolina. Sejak lahir Cassidy tidak memiliki hidung dan mata. Namun kecacatan tersebut sama sekali tidak membataskan aktiviti gadis ini.

Jantung dan organ lain sangat sempurna dan beliau adalah seorang gadis yang sihat dan normal yang merupakan seorang senior di sekolah pengajian tinggi. Pada usia 11 tahun, Cassidy telah melakukan pembedahan yang pertama untuk merubah struktur bentuk wajahnya.

Doktor telah mengukir ruang untuk kedudukan hidungnya, dia telah menjalani tiga pembedahan untuk membina hidungnya yang baru. Doktor menarik kulit dari dahi dan tulang rusuknya.

Doktor juga akan menambah mata palsu dan membuang semula soket matanya.
Pembedahan itu berjalan dengan lancar. Kini Cassidy dapat menghidu dengan hidungnya sendiri dan dapat menghirup udara segar seperti orang lain.

Zhang Ruifnag

Seorang nenek yang dilahirkan dengan tanduk di dahi. Keluarganya mengatakan tanduk ini pada mulanya hanya seperti tahi lalat namun lama kelamaan ia semakin membesar dan memanjang sehingga menghalang penglihatan Zhang Ruifnag .

Jose Mestre

Seorang lelaki yang berasal Lisbon, Portugal yang telah hilang wajahnya pada usia 35 tahun kerana tumor. Tumor tersebut makin membesar sehingga sekarang. Pada masa Jose dilahirkan, tumor tersebut hanya seperti tanda lahir yang berwarna merah diatas bibir dan ianya seperti strawberry namun semakin merebak keseluruhan wajah Jose. Kini tumor tersebut berukuran 33 cm dan berat mencapai 3 kilogram.

Keadaan wajah Jose begitu telah mendapat perhatian dan menjadi subjek sebuah dokumentari “The Man With No Face” untuk sebahagian daripada siri “My Shocking Story”

Petero Byakatonda

Petero Byakatonda adalah seorang anak kecil yang berusia 13 tahun yang berasal dari perkampungan terpencil di Uganda, yang menderita gangguan genetik yang dikenali sebagai sindrom Crouzon.

Penyakit ini menjejaskan kira-kira 1 daripada 10,000 bayi yang baru . Petero adalah salah satu kelahiran yang paling ekstrem.

Sindrom ini akan menyebabkan kecacatan tengkorak yang akan membuatkan bola mata terkeluar dari soketnya dan telinga akan menurun ke bawah yang membawa kepada masalah penglihatan dan pendengaran.

Huang Chunchai

Lelaki yang berasal dari bahagian selatan wilayah Hunan adalah anak sulung daripada 3 adik beradik yang mendapat tumor ganas dan mencacatkan keseluruhan wajahnya.

Huang mula bersekolah pada umur 8 tahun namun berhenti selepas empat tahun kemudia disebabkan dia merasa terlalu terasing dan kawan-kawannya menggelarkan Huang sebagai “lelaki gajah”.

Tumor diwajah Huang telah menarik perhatian doktor di Hospital Kanser Fuda di Guangzhou, yang memutuskan untuk membuang tumor tersebut.

Operasi pertama dilakukan dan Doktor berjaya mengeluarkan sebanyak 15 kg dari sebelah kanan wajahnya, dan yang adalah untuk mengeluarkan 4-5kg tisu dari sisi yang sama. Untuk operasi yang ketiga, Doktor akan menghilangkan tumor dibahagian sebelah kiri wajahnya.

Dalam siri BodyShock, Huang adalah subjek dalam dokumentari yang bertajuk “I Am The Elephant Man”

Cyclops Babies

Seorang wanita Indonesia telah melahirkan seorang bayi ’cyclops’ yang hanya memiliki satu mata ditengah dahinya dan tiada hidung. Sayangnya bayi tersebut telah meninggal dunia tujuh jam kemudian.

Sebahagian besar bayi seperti ini juga akan mengalami gangguan lain seperti jantung yang tidak sempurna dan kebanyakan kelahiran aneh seperti ini akan meninggal selepas dilahirkan.

Sumber :Tribunnews.com,Littlethings.com, wikipedia.org, mirror.co.uk, Pinterest.com, mrugeshmodi.blogspot.com

https://lomp.at/c0dhc
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Kesihatan

Nak Lari Jauh Tanpa Drama? Ini Cara Pilih Outfit Running Yang Betul

by Phic ARMAN
September 12, 2025

Kalau nak lari jauh atau sekadar jog keliling taman, pemakaian yang betul memang boleh jadi game changer. Bayangkan kalain dah...

Read more
Berita

Berlari Sambil Menikmati Pesona Pantai Timur: Mesra Run 2025 Sarat Semangat & Kesedaran Mental!

Kami di MURAI baru-baru ini berpeluang menyertai Kempen Kesedaran Kesihatan Mental 2025 anjuran Mesra Mall, dan acara paling mencuri tumpuan...

Read more
by Zaidin Albert
October 15, 2025
Kesihatan

Nak Lari Dengan Selesa & Sarung Tanpa Bongkok? Skechers Ada Jawapannya…

Baru‑baru ini MURAI sempat cuba pasang kasut Skechers Hands Free Slip‑ins®: Max Run, dan boleh kata, jika anda seorang pelari yang nak gabungan...

Read more
by Phic ARMAN
November 14, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  5. 5

    [GAMBAR] Gelagat Anak Perempuan Tok Ram ‘Selfie’ Bersama Buatkan Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem