Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

6 Pasangan Selebriti Korea Ini Bebas Daripada Sebarang Gosip

by Naddy Joe
March 7, 2021
Share on Facebook

Beberapa pasangan suami isteri selebriti Korea ini sentiasa jauh daripada sebarang gosip. Perkahwinan mereka jarang mendapat berita yang negatif. Berikut Murai My shortlist beberapa pasangan selebriti Korea yang jauh dari sebarang gosip. Stay tune guys!

Lee Na Young & Won Bin

Pasangan aktor dan aktres terkenal ini telah berkahwin pada Mei 2015. Majlis resepsi mereka diadakan secara privasi dan hanya menjemput sekitar 50 orang tetamu.

Rumah tangga semakin menyenangkan dengan kehadiran anak lelaki mereka, yang kini berusia 4 tahun. Semenjak mereka berkahwin, pasangan suami isteri ini jarang mendapat sebarang gosip kerana jarang memaparkan kemesraan mereka di khalayak ramai.

Gummy & Jo Jung Suk

Pasangan ini antara pasangan yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Jo Jung Suk mengahwini Gummy pada Oktober 2018. Dan pada ketika itu juga, berita gembira tersebut telah mengejutkan industri hiburan Korea kerana mereka berdua tidak pernah mengumumkan perancangan untuk berkahwin.

Bercinta sejak tahun 2013, Gummy dan Jo Jung Suk ini diperkenalkan oleh rakan rapat mereka sendiri. Pasangan ini juga dikurniakan seorang bayi perempuan pada Ogos 2020 yang lalu, kedua-dua pasangan ini tidak pernah lupa untuk memberikan sokongan sesama mereka.

Son Tae Young & Kwon Sang Woo

Berkahwin pada tahun 2008, Son Tae Young dan Kwon Sang Woo dikurniakan dua orang anak bernama Kwon Ri Ho dan Kwon Rook Hee. Selepas 13 tahun memegang status sebagai pasangan suami isteri, pasangan ini masih menjadi salah satu pasangan selebriti paling terkenal di Korea, yang mana setiap gerak geri mereka menjadi perbualan khalayak ramai.

Kim Tae Hee & Rain 

Pasangan suami isteri, Kim Tae Hee dan Rain juga tidak kalah harmoninya. Pasangan ini berkahwin pada Januari 2017 setelah bercinta selama lima tahun. Selepas 10 bulan berkahwin, mereka dikurniakan bayi pertama mereka dan diikuti dengan kelahiran kedua pada tahun 2019. Paras rupa yang dimiliki oleh Rain dan Kim Tae Hee membuatkan peminat tertanya-tanya bagaimanakah rupa paras anak mereka.

Namun, untuk menjaga privasi, pasangan ini masih enggan menunjukkan wajah anak mereka sehingga sekarang.

Eugene & Ki Tae Young

Ahli kumpulan S.E.S dan juga memegang watak sebagai Oh Yoon Hee dalam drama The Penthouse 2 ini juga mempunyai keluarga harmoni yang jauh dari sebarang gosip. Eugene telah berkahwin dengan aktor Ki Tae Young pada tahun 2011.

Kini, pasangan suami isteri ini mempunyai dua orang anak perempuan bernama Rohee dan Rorin yang hanya beza usia satu tahun. Ki Tae Young juga membintangi rancangan KBS 2 The Return of Superman bersama kedua-dua anak perempuannya.

Kim So Yeon & Lee Sang Woo

Pasangan suami isteri ini juga menjadi perhatian setelah Lee Sang Woo tampil sebagai cameo dalam drama yang dibintangi isterinya Kim So Yeon, The Penthouse 2. Pasangan ini berkahwin secara rasmi pada Jun 2017 setelah terlibat cinta lokasi dalam drama Happy Home pada tahun 2016.

Memasuki tahun perkahwinan kelima, pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata. Walaubagaimanapun, kenyataan tersebut tidak menjadi halangan bagi pasangan ini terus mencipta hubungan harmoni yang jauh daripada sebarang gosip.

https://lomp.at/6bope
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @noradanish (IG)
Lokal

Nora Danish Sokong Hubungan Baru Bekas Suami- “Itu Doa Saya Setiap Hari

by Nurul A.
February 9, 2026

Pelakon Nora Danish mencuri perhatian ramai apabila tampil meluahkan sokongan dan doa ikhlas buat bekas suaminya, Nedim Nazri selepas dikhabarkan...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Sehabis Baik Menjaga Batas Dalam Tempoh Iddah-“Tak Cuba Nak Rapat Dengan Mana-Mana Perempuan..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Kamal Adli Mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu hantaran mengenai tempoh iddah. Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Khairul Aming Menangis Lihat Rakyat Malaysia Kongsi Momen Masak Bersama , Netizen Bangga!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming meluahkan rasa sebak melihat rata-rata rakyat Malaysia yang berkongsi momen indah bersama keluarga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore