Wednesday, August 6, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home HotList

6 Perihal Menarik Di Konsert Jelajah Siti Nurhaliza Kuala Lumpur

by Khai Azfar
March 18, 2019
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Bertaraf mega! Itulah yang kami boleh katakan mengenai konsert jelajah Datuk Seri Siti Nurhaliza, #SitiNurhalizaOnTour yang melabuhkan tirainya di Stadium Axiata, Kuala Lumpur.

6 Perihal Menarik Di Konsert Jelajah Siti Nurhaliza Kuala Lumpur

Begitu banyak moment manis yang dirakam sepanjang konsert jelajah ini berlangsung, malah rata-rata yang hadir meluahkan rasa bangga dan teruja apabila dapat melihat sendiri penyanyi kesayangan mereka ini membuat persembahan di hadapan mata. murai.my rangkumkan beberapa perihal menarik sepanjang Konsert Jelajah Siti Nurhaliza Kuala Lumpur ini berlangsung.

10,000 Sitizoners Membanjiri Stadium Axiata

Benar! Seramai 10,000 orang peminat Siti Nurhaliza terdiri daripda pelbagai latar belakang telah membanjiri stadium bagi melihat sendiri persembahan penyanyi terulung ini. Menurut Siti, mereka yang hadir pada malam itu telah dianggapnya sebagai Sitizoners.

Hampir 30 Buah Lagu Dinyanyikan

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Sepanjang lebih dari 2 jam konsert ini berlangsung, hampir 30 single hits telah dinyanyikan Siti dalam pelbagai versi. Lebih kepada menghiburkan dan mengubat kerinduan peminat, aura dan vokal Siti yang mampu bernyanyi dengan baik ternyata begitu memukau.

200 Media Hadir Buat Liputan

Lebih dari 200 orang penggiat media telah hadir membuat liputan dan dikhabarkan ianya merupakan acara paling ramai dihadiri oleh penggiat media.

Nur Sajat Curi Tumpuan

Tanpa mengira sesiapa pun, Siti turut merakamkan ucapan terima kasih nya buat rakan-rakan artis yang hadir antaranya seperti Siti Sarah, Siti Elizad, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi. Yang paling mencuri perhatian ketika itu adalah usahawan selebriti, Nur Sajat Kamaruzzaman yang disebut Siti dalam ucapannya.

https://www.instagram.com/p/BvE-L-0hcgV/

Ketika itu, seluruh stadium bergema dengan sorakan sebaik sahaja kamera memfokuskan pada wajah Nur Sajat.

Teriakan Keramat ‘Siti’

Buat sesiapa yang pernah menonton mana-mana persembahan Siti Nurhaliza, sudah semestinya jeritan nama ‘Siti’ akan kedengaran dari peminat. Malah di dalam stadium ketika itu juga pekikan tersebut turut kedengaran dan tidak kurang juga nama Siti Aafiyah turut disebut-sebut.

Peminat Dari Mekah Antara Penonton Yang Hadir

Ketika merakamkan ucapan terima kasihnya, menurut pelantun Anta Permana itu dia berterima kasih serta terharu kerana peminat-peminatnya yang datang dari pelbagai tempat sudi hadir menonton konsertnya. Tambahnya lagi, dia turut terkejut kerana terdapat beberapa orang peminatnya datang dari dari Mekah semata-mata ingin menonton konsert tersebut.

TokT Menangis Hantar Ibu Tunai Haji –"Ya Allah, Jagakan Ibuku di Tanah Suci"
datuk seri siti nurhalizakonsert siti nurhalizasiti nurhaliza on tour
https://lomp.at/4nmal
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  2. 2

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  3. 3

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  4. 4

    Rakan Artis Bersuara Insiden Bella Astillah & Sophia Albarakbah Di AMT?

  5. 5

    Uqasha Tepis Dakwaan Gelaran ‘Datuk’ Adik Ipar Dibeli, Dedah Status Kerabat & Sumbangan Hartanah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem