Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

7 Jenis Infused Water Atau Kombinasi Air Yang Lebih Sihat Dan Amat Menyegarkan

by Jash Lee
August 30, 2020
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Kebelakangan ini, infused water atau kombinasi air dengan campuran beberapa jenis bahan lain amat popular dan semakin digemari.

Dengan menambah beberapa ramuan dan bahan-bahan seperti buah-buahan, sayur sayuran, rempah atau bijirin ke dalam air dapat menambahkan rasa yang segar, sedap dan sihat. Apa lagi jika gabungan air itu di biar seketika dan disimpan di dalam peti sejuk.

Berikut adalah kepelbagaian kombinasi air yang dipetik dari AsiaOne yang boleh anda cuba sendiri di rumah. Percayalah, anda pasti suka dengan gabungan ini. Jom kita tengok!

Tembikai + Daun Selasih

via Maskulin

Ini adalah satu gabungan yang manis dan beraroma. Kacau terlebih dahulu daun selasih sebelum dicampurkan dengan tembikai. Ini supaya daun selasih dapat mengeluarkan aroma yang lebih banyak.

Timun + Daun Pudina

via Tokopedia

Ini adalah kombinasi klasik dan minuman seperti ini biasanya untuk mereka yang gemar bersukan. Minuman seperti ini juga lebih menarik lagi jika diminum ketika anda sedang berehat dan memanjakan diri di spa.

Strawberi + Lemon

via Simplistically living

Ini adalah kombinasi yang sedap dan sangat sihat. Bukan sahaja minuman untuk orang dewasa malahan kanak-kanak juga pasti menggemarinya.

Jeruk + Limau

via resipi Citarasawan

Sekiranya anda ingin meningkatkan daya tahan tubuh, ini adalah gabungan vitamin C yang asli dan kedua-duanya mengandungi antioksidan yang tinggi.

Timun + Lemon + Daun Saderi

via Nakita.ID

Semalam anda makan terlalu banyak, dalam masa yang sama perlu juga menjaga bentuk tubuh? Ini adalah gabungan minuman yang tepat dan berkhasiat serta bergizi sebagai penyelesaiannya.

Lemon + Pudina + Halia + Timun

via Remaja

Campuran yang menyegarkan ini sangat sesuai diminum ketika waktu panas. Jika anda mahu, anda boleh juga menukar ke minuman bersoda.

Mangga + Nanas

via Fimela.Com

Ini adalah kombinasi rasa tropika yang manis dan popular bukan sahaja di kalangan orang dewasa malahan juga kanak-kanak.

Infused water bukan sahaja segar dan enak dinikmati malahan ia banyak kebaikan lain seperti dapat mengecilkan perut, dapat menurunkan berat badan dan dapat melancarkan pencernaan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
infusedwater segar sihat gabunganmenarik kombinasi7jenis
Share4Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara