Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

by Nurul A.
February 20, 2026
Foto - @kurma_jogja (IG)

Foto - @kurma_jogja (IG)

168
KONGSIAN
Share on Facebook

Penting untuk kamu tahu, buah kurma bukan sahaja sunnah tetapi ia merupakan makanan yang sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga yang cukup untuk badan kamu berpuasa sepanjang hari.

Dan dalam entri kali ini, MURAI nak kongsikan dengan kamu tujuh jenis kurma yang sedap, popular, sangat berkhasiat dan dapat membuat badan kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan.

Nak tahu?

View this post on Instagram

1. Kurma KabKab

Buah kurma yang bergred AA ini ditanam di kebanyakan kawasan tropikal di Iran. Mempunyai tekstur yang lembut, basah dengan berwarna coklat gelap membuatkan buah ini terkenal dengan kepanjangannya berbanding buah kurma yang lain.

2. Kurma Ajwa Madinah

Kurma kegemaran Nabi Muhammad s.a.w. ini mempunyai warna yang lebih gelap, bersaiz kecil dan tidak terlalu manis berbanding buah kurma yang lain. Buah kurma ini mempunyai kandungan khasiat yang unik seperti magnesium iaitu mineral yang sangat penting bertindak sebagai anti-radang.

3. Kurma Rabbe Masafii

Buah kurma yang berasal dari United Arab Emirates ini berbentuk bujur, bertekstur separa kering dan berwarna coklat, sangat sesuai untuk mereka yang tidak menyukai buah yang kurang manis. Dan buah kurma ini merupakan pilihan yang baik dan seimbang bagi pemakanan.

4. Kurma Mahnaz Safawi

Buah kurma ini dikatakan sesuai dimakan untuk individu yang menghidapi penyakit diabetes. Kurma Safawi ini merupakan sejenis kurma yang mempunyai tekstur yang lembut dan rasa semi-kering.

5. Kurma Mariami Madinah

Sesuai untuk individu yang berdiet, kurma Mariami ini bukanlah buah yang basah atau kering kerana ia mempunyai kadar kelembapan sebanyak 15%. Tidak mengandungi kolestrol dan kandungan gula yang mudah diserap ke dalam badan menjadikannya sebagai buah kurma yang berikan tenaga yang segera apabila berbuka puasa.

6. Kurma Mabroom Madinah

Berasal dari Madinah, buah kurma Mabroom mempunyai saiz yang besar dan panjang serta mengandungi kandungan potassium membuatkan buah kurma ini sesuai untuk individu yang mempunyai tekanan darah tinggi.

7. Kurma Safia Bertangkai Yusuf Taiyoob

Kurma bertangkai daripada Yusof Taiyoob ini mengandungi pelbagai jenis nutrisi seperti zat besi, kalsium, phosphorus, postassium dan sodium yang dapat menyihatkan tubuh badan.

Kurma jenis ini boleh dimakan begitu sahaja atau dicampurkan bersama yogurt mahupun pastri. Buah kurma ini juga sesuai untuk dibakar dan dimasak.

Tips: Kurma perlu dimakan dalam kuantiti ganjil atau rendamkan buah kurma dalam segelas air semalaman sebelum sahur keesokkan harinya untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

buah kurmakurma
https://lomp.at/58lyj
Share67Tweet42SendShare

KINI TRENDING

Foto - RTM
Islamik

“Nawaitu”- Teroka Makna Niat Dalam Kehidupan Muslim

by Nurul A.
March 1, 2026

“Nawaitu”, satu kata yang sarat makna. Niat. Tujuan. Arah. Ramadan sering dikaitkan dengan ibadah ritual namun ‘Nawaitu’ mengajak kita melihat...

Read moreDetails
Islamik

Nak Kurangkan Rasa Dahaga Ketika Puasa? Wajib Amal Tip Ini Selepas Sahur

by Nurul A.
February 28, 2026

Ramai yang sedia maklum bahawa umat Islam perlu menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa. Tetapi apabila cuaca menjadi sangat panas...

Read moreDetails
Foto - masjidsrisendayanofficial (FB)
Islamik

Solat Fardu Boleh Qada’ Ketika Solat Terawih?- Ini Cara Senang & Mudah Nak Faham!

by Nurul A.
February 26, 2026

Ganti (Qada') solat fardu ketika solat terawih? Boleh ke? Tak dinafikan bila tibanya bulan Ramadan, ramai yang berlumba-lumba untuk mengumpul...

Read moreDetails
Islamik

Kejar Lailatul Qadar, Ini Kompilasi Doa Mustajab Untuk 10 Malam Terakhir Ramadan

by Nurul A.
March 11, 2026

Malam Lailatul Qadar merupakan salah satu malam yang paling istimewa dalam bulan Ramadan. Dalam ajaran Islam, malam ini disebut sebagai...

Read moreDetails
Foto - Forum Rakyat
Islamik

Jarang Berlaku Ketika Ramadan, Ini Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

by Nurul A.
March 3, 2026

Jarang-jarang sekali berlaku! Istimewanya tahun ini, terutamanya dalam bulan Ramadan, kita bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh yang turut dikenali...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara