• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

7 Rawatan Kecantikan Yang Boleh Dilakukan Sebelum Lebaran

by Jash Lee
May 22, 2020
Share on Facebook

Sambutan Hari Raya pada tahun ini terasa sedikit berbeza. Kita juga tidak dibenarkan untuk perjalanan merentas negeri atau pulang ke kampung bagi mencegah penyebaran virus corona yang sedang melanda dunia. Di samping itu, kita juga diminta agar menjaga penjarakkan sosial dan lebih baik jika dapat menunaikan solat di rumah masing-masing.

Namun bagi kaum hawa, walaupun di tengah situasi pandemik seperti ini, tidak ada salahnya mempersiapkan diri untuk menyambut Aidilfitri dengan melakukan rawatan kecantikan. Walaupun tidak ada perjumpaan keluarga dan bertemu dengan banyak orang, sekurang-kurangnya melakukan rawatan kecantikan dapat membuatkan kita merasa lebih bersedia menyambut kedatangan hari istimewa lebaran.

Jadi, rawatan kecantikan apakah yang boleh dilakukan sendiri di rumah dalam rangka menjelang lebaran.  Jom kami kongsikan ulasannya.

1. Pengelupasan Kulit Wajah

via POPBELA.Com

Pengelupasan kulit wajah boleh dilakukan dengan menggunakan scrub wajah. Pilih scrub yang sesuai dengan kulit wajah anda, contohnya scrub yang mengandungi aprikot kerana aprikot dapat menjadikan kulit wajah lebih cerah dan bebas jerawat atau boleh juga gunakan scrub yang mengandungi asid hyaluronik untuk melembapkan kulit wajah anda.

Anda boleh melakukan pengelupasan wajah anda seminggu atau sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tibanya lebaran. Setelah pengelupasan berlaku, jangan lupa untuk menggunakan pelembap bagi mengurangkan kerengsaan wajah.

2. Rawatan Kuku

via Good Spa Guide

Walaupun selalu terlepas pandang tentang ini, rawatan kuku tetap harus dilakukan agar kuku menjadi sihat dan terawat serta lebih rapi. Anda boleh melakukan rawatan ini sendiri di rumah sekurang-kurangnya tiga hingga dua hari sebelum lebaran. Bermula dari memotong kuku, membersihkan kotoran pada kutikula dan menyediakan vitamin kuku untuk kuku tumbuh lebih sihat dan kuat.

3. Creambath

via Tribunnews.Com

Rawatan kecantikan ini boleh dilakukan sehari sebelum lebaran agar rambut akan kelihatan lebih segar dan bersih. Pilih krim creambath yang sesuai untuk jenis rambut anda, contohnya krim yang mengandungi ginseng agar rambut lebih terurus atau krim dengan sensasi pudina untuk membuat kulit kepala terasa lebih segar.

4. Lulur Badan

via Tokopedia

Sama seperti rawatan wajah, pengelupasan juga boleh dilakukan di bahagian badan bagi membuang sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih halus. Oleh itu, tidak ada salahnya melakukan scrub sebelum mandi untuk mencerahkan kulit. Anda boleh melakukan rawatan kecantikan ini dua atau sehari sebelum lebaran.

5. Pengekstrakan Bintik Hitam

via Wolipop

Bahagian muka memang memerlukan perhatian khusus agar dapat berprestasi secara optimum pada Hari Raya. Selain daripada mengatasi masalah jerawat, anda juga dapat mengeluarkan bintik hitam di kawasan hidung dan dagu sehingga wajah menjadi lebih bersih. Anda boleh menggunakan pek pori atau lulur wajah secara rutin yang lebih fokus pada bahagian hidung. Lakukan ini empat ke satu hari sebelum lebaran.

6. Urutan Wajah

via Amazon.Com

Urutan wajah perlu dilakukan secara rutin agar aliran darah ke wajah menjadi lebih lancar. Selain itu, urutan wajah juga berguna bagi melenturkan otot-otot wajah yang kaku dan cara ini juga dapat menghilangkan garis-garis halus di wajah.

Setiap malam sebelum tidur, anda boleh melakukan urutan wajah dengan menggunakan tangan bermula dari leher, dagu, rahang, pipi dan bahagian atas alis mata. Anda juga boleh menggunakan jade roller atau alat kecantikan khas untuk mengurut wajah.

7. Mencukur Bulu

via HaloDoc

Rawatan kecantikan akhir  yang boleh dilakukan adalah mencukur bulu ketiak dan vagina. Walaupun tidak dilihat secara langsung, tetapi rawatan ini perlu dilakukan sebagai salah satu sunnah yang dianjurkan oleh Islam.

Menurut As-Syaukani yang meriwayatkan kata-kata Imam An-Nawawi, membersihkan bulu kemaluan adalah yang terbaik dengan mencukur. Sementara itu, dalam mencukur rambut di bahagian kemaluan, rambut harus perlu didahului di bahagian kanan atas dan kemudian terus ke sisi sebelah kiri.

Walaupun Hari Raya tahun ini tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya, namun penjagaan dan kebersihan diri harus tetap dijaga. Buat sendiri je kat rumah.

Selamat Beramal.

rawatankecantikan aidilfitri2020 buatsendiridirumah
https://lomp.at/zva2u
Share8Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Budaya

Tahi Lalat Di Wajah Dan Maksud Tersiratnya Pada Personaliti Anda Agak Menarik

by Jash Lee
October 3, 2020

Tanda atau titik hitam yang terdapat pada wajah dan badan yang biasanya disebut tahi lalat atau mole. Tetapi tahukah anda bahawa...

Read moreDetails
Budaya

Ramalan Baju Raya 2026: Dua Warna Ini Bakal Trending! Siap Menggoda Mata Tahun Ini

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Syawal 2026 semakin menghampiri, dan bagi peminat fesyen Raya, soal warna baju pasti menjadi topik hangat. Ramalan dari pengusaha fesyen...

Read moreDetails
Kesihatan

7 Petua Rawatan Untuk Luka Melecet Sembuh Dengan Cepat. Adakah Perlu Ditutup Atau Dibiar Terbuka?

by Jash Lee
December 19, 2020

Luka melecet biasanya tidak akan menyebabkan banyak pendarahan dan bersifat luka ringan sehingga ianya boleh sahaja dirawat sendiri di rumah....

Read moreDetails
Budaya

5 Selebriti Yang Berpoligami Dan Kekal Bahagia Hingga Kini

by Jash Lee
March 6, 2021

Kalau bercakap pasal bermadu, kaum hawalah yang pastinya akan merasa resah gelisah bukan? Tak ramai sebenarnya kaum hawa yang sanggup...

Read moreDetails
Budaya

Semak SOP Dari MKN Ini Untuk Raikan Deepavali Di Kawasan PKPP, PKPB, & PKPD

by Naddy Joe
November 6, 2020

Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai SOP (standard operating procedures) bagi rakyat Malaysia menyambut hari...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore