Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

7 Tebusan Israel Mati Dibunuh Kejam, Zionis Tidak Berniat Untuk Menyelamatkan Mereka Sama Sekali

by Puteri Alia
November 1, 2023
Share on Facebook

Pejuang Hamas memaklumkan tujuh tebusan Israel terbunuh dalam pengeboman kem penuh sesak Jabalia di utara Genting Gaza.

Menurut kenyataan Hamas, tiga daripada tebusan tersebut merupakan pemegang pasport antarabangsa.

Bagaimanapun, Hamas tidak memberikan butiran mangsa.

Memetik sebuah laporan berita online, serangan Israel ke atas kem Jabalia pada Selasa merupakan keganasan baharu rejim Zionis menyasarkan orang awam di Gaza.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sebelum ini berkata, serangan tersebut membunuh komander Hamas, Ibrahim Biari yang dikaitkan dengan serangan di sempadan Israel-Gaza pada 7 Oktober lalu.

Ia menambah bahawa infrastruktur tentera bawah tanah Hamas di bawah bangunan di kem Jabalia runtuh dan ramai pejuang Hamas terbunuh.

Israel sebelum ini memaksa penduduk di utara Gaza termasuk di kem Jabalia berpindah ke selatan ketika ia meningkatkan serangan darat dan udara di wilayah yang dikepung itu.

Rejim Zionis turut mengisytiharkan penduduk yang enggan berpindah sebagai berkomplot dengan Hamas dan berpotensi dibunuh.

Setakat ini, angka kematian penduduk Palestin di Gaza meningkat 8,525 orang termasuk 3,542 kanak-kanak dan 2,187 wanita.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu baru-baru ini menolak rayuan 120 negara untuk mengadakan gencatan senjata segera di Gaza.

[VIDEO] Yusuf Bahrin Bimbang Keselamatan Zizi Kirana- "Saya Dah Try Mesej Call Dia"
israel
https://lomp.at/lqy0b
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore