• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

8 Fakta Menarik Tentang Si Kacak, Tom Holland

by Jash Lee
January 8, 2022
Share on Facebook

Tom Holland merupakan salah seorang bintang yang telah berjaya membawakan watak Spider-Man dengan begitu baik sekali selepas menggantikan bintang terdahulunya iaitu Andrew Garfield. Bakat lakonannya yang baik yang dapat menunjukkan sisi cerewet dan kelakar seorang remaja millenium sebagai adiwira Marvel. Pendek kata, Tom Holland berjaya membuatkan filem itu terasa begitu segar dan kena dengan jiwa ramai penonton.

Pemilik nama sebenar Tom Holland adalah Thomas Stanley Holland yang dilahirkan di Kingston, England pada 1 Jun 1996. Dia yang merupakan anak sulung dari empat orang adik beradik. Dua dari adik beradiknya adalah kembar yang bernama Harry Holland dan Sam Holland. Darah seni yang mengalir dalam dirinya adalah berasal dari kedua ibu bapanya. Ayahnya adalah seorang pelawak dan penulis.

via Pinterest

Rupa-rupanya terdapat banyak fakta yang menarik mengenai pelakon hebat yang bukan sahaja segak dan comel tetapi juga berbakat. Apakah fakta menarik yang kami maksudkan ini? Mesti ramai yang ingin tahu bukan? Jom kita tengok!

1. Memiliki Tatu Spider-Man

via Pinterest

Ternyata Tom Holland sangat menjiwai wataknya sebagai Spider-Man. Ini kerana dia memiliki tatu Spider-Man di badannya. Tom Holland mengakui bahawa dia membuat tatu itu di Bang Bang Tatoo di New York, tempat sama yang pernah dikunjungi oleh ramai selebriti Hollywood untuk membuat tatu. Tom membuat tatu labah-labah di bahagian bawak tapak kakinya, malah dia juga mempunyai beberapa tatu yang lain.

2. Pasangannya Lebih Tinggi Dari Tom Holland

via suara.com

Ternyata kekasihnya yang juga bintang hebat, Zendaya lebih tinggi dari Tom Holland. Ketinggian Tom Holland adalah 173 cm manakala Zendaya pula memiliki ketinggian iaitu 178 cm.

Mereka dikatakan menjalinkan hubungan percintaan selepas ditangkap sedang bercium pada awal Julai 2021. Walaupun mereka tidak mengesahkan perkara ini secara rasmi akan status perhubungan mereka, namun ramai peminat bersemangat dan sangat menyokong jika Tom Holland dan Zendaya benar-benar sedang bercinta.

3. Memulakan Kerjaya Sejak Kecil Lagi

via Pinterestan

Sebelum melakonkan watak sebagai Peter Parker, Tom Holland sudah berjinak-jinak dengan dunia lakonan sejak kecil lagi. Lakonan pertamanya adalah dalam drama muzikal yang popular di Teater West End yang berjudul ‘Billy Elliot’. Untuk filem pertamanya pula, Tom yang membawakan watak sebagai Lucas Bennet dalam filem ‘The Impossible’ pada tahun 2012. Berkat lakonannya yang mantap dalam filem tersebut, dia telah menerima beberapa anugerah antaranya ialah London Film Critics Circle Awards,  Empire Awards, Young Artist Award dan The National Board of Review.

Hasil dari penghargaan dan anugerah yang telah diterimanya, dia telah berjaya diserap masuk di dalam industri hiburan Hollywood pada tahun 2015.

4. Pernah Belajar Tarian Balet

via Pinterest

Biarpun dirinya kini dikenali sebagai adiwira, namun siapa yang menyangka bahawa Tom Holland juga adalah seorang penari balet dan pernah berlakon sebagai penari balet dalam sebuah drama muzikal.

Dalam satu temubual, Holland mengakui bahawa dia sebenarnya ‘taksub’ dengan lagu-lagu Janet Jackson semasa kecil. Disebabkan itulah, ibunya telah mendaftar Tom untuk kelas tarian di sebuah syarikat yang berpengkalan di UK, Nifty Feet.

Tom berkata bahawa dia sangat gembira belajar tarian sejak kecil lagi kerana ia dapat menyokong kerjayanya sekarang. Tom holland juga kelihatan sangat fleksibel dalam lakonan walaupun wajahnya ditutup dengan topeng ketika membawakan watak sebagai Spider-Man.

5. Kisah Kehidupannya Telah Dibukukan Oleh Ayahnya

via Ig

Bakat lakonan Tom Holland adalah diwarisi daripada ayahnya, Dominic Holland yang merupakan seorang pelawak terkenal di United Kingdom.

Pada tahun 2017, Dominic telah menulis sebuah buku yang berjudul Eclipsed. Buku ini yang mengisahkan tentang kehidupan dan kerjaya anaknya, Tom Holland. Semua kisah hidup dan kerjaya anaknya itu ditulis sepenuhnya dalam buku tersebut.

6. Pelakon Spider-Man Yang Termuda

via Pinterest

Tom Holland merupakan pelakon yang memainkan watak Spider-Man termuda kerana watak tersebut telah dibawa ketika usianya baru 19 tahun.

7. Bercita-Cita Menjadi Spider-Man

via Screen rant

Tidak hairanlah jika Tom Holland begitu bersemangat sewaktu dia mengikuti uji bakat untuk watak Spider-Man. Ini kerana dia sebenarnya bercita-cita untuk menjadi Spider-Man sejak dari kecil lagi. Dia selalu memakai kostum Spider-Man terutamanya sebelum tidur.

8. Tidak Laku Di Tinder

via Pinterest

Pelakon kacak ini sebenarnya pernah mencuba nasib untuk mencari jodoh dengan menggunakan aplikasi Tinder. Namun, tiada siapa yang memberi resppon kepadanya. Ini kerana ramai pengguna Tinder menganggap Tom Holland baru berusia 12 tahun sedangkan dia sebenarnya sudah berusia 21 tahun. Comel bukan?

Apa yang jelas, sekarang ini Tom Holland tidak lagi menggunakan aplikasi tersebut.

Itulah antara beberapa fakta menarik tentang adiwira, Tom Holland. Adakah anda juga salah seorang peminat Tom Holland atau mungkin juga Spider-Man?

handsomeSpidermantomholland
https://lomp.at/wpj6w
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore