Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

8 Lubuk Baju Raya Sekitar KL & Selangor Untuk Kamu Yang Suka Shopping Last Minute!

by Soph Azz
April 14, 2023
Foto - MStar

Foto - MStar

180
KONGSIAN
Share on Facebook

Walaupun tinggal lebih kurang seminggu lagi nak sambut bulan Syawal, masih ada di kalangan kita yang belum lakukan persiapan raya. Ada yang disebabkan oleh kekangan waktu kerana bekerja, membuatkan mereka ini terpaksa shopping raya pada saat akhir.

Nak order baju raya, memang tak akan sempat sampailah kerana kebanyakan penjual sudah tidak ambil pesanan baju raya. Jadi pilihan terakhir yang tinggal adalah beli baju raya di bazar atau kedai.

Jadi bagi kamu yang tinggal di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, kunjungi ke kawasan ‘hot spot’ ini untuk beli baju raya. Psst… Jualan ini biasanya akan berlangsung hingga ke malam raya nanti!

Lalaport KL

View this post on Instagram

A post shared by LOKAL WAVE (@lokalwave)

Kunjungi Lalaport untuk ke bazar Pesta Raya yang berlangsung hingga 19 April 2023. Di sini, kamu boleh dapatkan pelbagai baju raya daripada jenama lokal. Sambil-sambil itu boleh juga kalau nak dapatkan kuih raya atau menonton persembahan dan bermain aktiviti tradisional.

Jakel Mall 

Paling senang, Jakel Mall tawarkan  baju Melayu, baju kurung hingga ke baju kanak-kanak dalam satu tempat. Pilih sama ada kamu nak cutting baju Melayu Aaron Aziz, Awal Ashaari hingga ke Nabil Ahmad. Atau pun pilih pebagai stail baju kurung yang menarik di mata kamu.

View this post on Instagram

A post shared by JAKEL TEXTILE – HQ KL (@jakeltextile)

Selain baju raya, Jakel turut menawarkan perkhidmatan nasihat fesyen, perhiasan rumah hingga ke barang keperluan solat.

Bangi Sentral 

Kalau rasa tak sempat order baju raya kesukaan dalam talian, apa kata kamu cepat-cepat ke Bangi Sentral. Di sini ada pelbagai butik popular seperi Calaqisya, Wanzar, Calaqisya, Sugarscarf dan banyak lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Wanzar® (@wanzar_)

PNKS Shah Alam 

Menjadi salah satu lokasi popular, PKNS Shah Alam menawarkan pelbagai jenis pakaian raya yang sesuai untuk si bujang dan keluarga. Selain baju raya, kamu juga boleh dapatkan kasut, aksesori pakaian  hingga ke kuih raya.

View this post on Instagram

A post shared by Kompleks PKNS Shah Alam (@komplekspknsshahalam)

Jalan Masjid India 

Yang tak suka bersesak padat, kamu  boleh jadikan Jalan Masjid India sebagai lokasi beli-belah last minute! Lokasinya berhampiran dengan Jalan TAR, dan dipenuhi dengan kedai yang menjual pakaian raya dengan potongan harga yang berpatutan sehingga stok habis.

Kenanga Wholesale City (KWC)

Jangan terkejut ye kalau kamu boleh habiskan masa satu hari mengelilingi setiap tingkat dalam bangunan KWC ini. Mana taknya, setiap tingkat menawarkan pelbagai jenis baju raya yang bakal menepati citarasa kamu. Dan paling penting sekali, harganya murah serta berpatutan dengan kualitinya!

Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR)

View this post on Instagram

A post shared by ELRAH EXCLUSIVE JALAN TAR (@elrahexclusivejalantar)

Paling popular! Bila kamu ke Jalan TAR, jangan rambang mata pula ye melihat pelbagai baju raya dijual di sini. Walaupun harganya agak murah, tetapi berkualiti. Manakala stok dan corak setiap pakaian pula boleh dikatakan setiap minggu diperbaharui.

Aeon Jusco, Mid Valley Megamall & Shah Alam 

Berbeza daripada dulu, Aeon Jusco kini menjual pelbagai jenis baju raya yang mengikut trend. Dan terkini ada pakaian raya daripada Jovian, Fiziwoo dan banyak lagi dijual di Aeon.

View this post on Instagram

A post shared by AEON Retail Malaysia (@aeonretail.my)

Psst… Sekarang ini AEON ada buat promosi dua helai baju berharga RM100.

Happy shopping!

tempat beli baju rayatempat beli baju raya 2023tempat beli baju raya di kltempat beli baju raya di selangor
https://lomp.at/g8xpi
Share72Tweet45SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
Foto - PUMA x Pokémon
Fesyen

Teroka Ke Dunia Lain Dengan Kolaborasi PUMA X Pokémon

by Nurul A.
April 7, 2026

PUMA bekerjasama dengan Pokémon, untuk meraikan 30 tahun francais hiburan global. Meneroka "Into Another World," visual kempen ini menghubungkan dunia...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  2. 2

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  3. 3

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  4. 4

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara