• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

8 Selebriti Korea Ini Dedah Pengalaman Mistik!

by Khai Azfar
June 11, 2020
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Sama seperti manusia biasa, para selebriti juga tidak lari daripada mengalami pengalaman-pengalaman mistik. Ini termasuklah buat selebriti popular Korea ini yang berkongsi pengalaman mereka sendiri.

Pengalaman Mistik 8 Selebriti Korea 

Ada yang terserempak lembaga menakutkan dan tidak kurang diganggu dengan pelbagai perkara yang menakutkan. Berikut Murai.my rangkumkan kompilasi kisah mistik dari 8 selebriti popular Korea.

T-ARA

Kumpulan penyanyi wanita Korea ini dikhabarkan terpaksa berpindah asrama penginapan mereka selepas mengalami kejadian aneh di asrama sebelumnya.

Salah seorang anggota T-Ara Jiyeon pernah merasakan seolah ada sesuatu yang menekan tubuhnya ketika sedang tidur. Setelah ‘berjaya’ bangun dari tidurnya, Jiyeon segera berlari ke arah Soyeon dan menceritakan semua yang dialaminya.Rupanya bukan hanya Jiyeon saja yang merasakan situasi aneh tersebut, malah Soyeon pun turut mengalaminya.Lebih menakutkan, Soyeon terlihat sosok satu lembaga di tempat Jiyeon tidur ketika itu.

Kim Hyun-joong

Dikatakan kononnya setiap tempat ataupun bangunan, pasti terdapat ‘penunggu’ yang sudah lama mendiami tempat tersebut. Seperti yang dialami oleh Kim Hyun-joong, pelakon drama BBF dan Playful Kiss ini pernah terlihat entiti di rumahnya. Pengakuan tersebut didedahkannya menerusi sebuah rancangan realiti.

Anehnya, entiti yang kerap berada rumah Kim Hyun-joong ini enggan keluar dari rumahnya sehingga membuatkan Hyun Joong pasrah. Dia menganggap dirinya telah banyak belajar dari entiti tersebut sekaligus membuatkan hos dan penonton yang berada dalam rancangan itu terkejut.

Baekhyun EXO

Kisah seram ini datang dari salah seorang anggota EXO, iaitu Baekhyun. Ketika diundang dalam acara Beatles Code 2, Baekhyun mendedahkan bahawa dia terdengar suara perempuan yang bercakap dalam video musik “MAMA”. Suara perempuan itu hanya terdengar di dalam video muzik sahaja dan bukan di dalam lagu sebenar. Suara perempuan yang menghantui video muzik itu telah berkata “Terima kasih semuanya” dalam bahasa Mandarin. Kejadian itu ternyata membuatkan ramai yang terkejut,

Bukan itu sahaja, Baekhyun juga pernah mengalami hal mistik ketika sedang berlatih di aras bawah tanah SM Entertainment. Ketika itu Baekhyun seperti mendengar ada suara dentuman yang aneh. Tidak lama kemudian,suara dentuman itu terdengar dari arah kamar mandi.

T.O.P BIGBANG

Kumpulan BIGBANG sememangnya tidak lari daripada pelbagai kisah mistik.Mereka memiliki banyak pengalaman aneh selama mereka bersama ini termasuklah kejadian yang berjaya dirakam kamera.

YouTube video

Ketika itu T.O.P dan anggota BIGBANG yang lain sedang duduk berkumpul bersama. Namun secara tiba-tiba, pemain muzik di tempat tersebut hidup sendiri dan memaikan lagu. Malah ianya juga dimatikan sendiri tanpa ada sesiapa yang menyentuhnya. Seram!

Onew SHINee

Ketika ditemubual di sebuah stesen radio, Onew SHINee berkongsi kisah seram nya bersama pendengar. Menurutnya, ketika berada di dalam bilik air, Onew tertinggal tuala diluar dan meminta tolong kepada Minho untuk mengambilnya. Namun siapa sangka, yang memberikannya tuala itu bukanlah Minho, sebaliknya lembaga yang menakutkan!

Taeyang BIGBANG

Kejadian menyeramkan ini mungkin membuat Taeyang tidak lagi memandang rendah terhadap hantu.Suatu hari Taeyang terbangun dari tidur lebih awal dari rakan-rakannya yang lain lalu menuju ke bilik air untuk mandi. Ketika berada di dalam, kedengaran seperti ada yang ingin masuk ke dalam bilik air tersebut dan tombol tersebut turut cuba dibuka dengan begitu kuat.

YouTube video

Melihatkan pada situasi tersebut, Taeyang membuat keputusan untuk keluar namun secara tiba-tiba mendengar suara pekikan yang cukup kuat sekaligus membuatkannya terpaku. Ketika kembali ke tempat tidur, kelihatan anggota BIGBANG yang lain masih tidur.

MOMOLAND

YouTube video

Malam yang panjang bagi Solar ketika dia melihat penampakan seperti Hwasa di asrama. Sebelum itu, Solar yang sedang baring di tempat tidurnya,terdengar bunyi tapak kaki lalu terjaga. Ketika itu, dia terlihat Hwasa di bilik mereka Namun apa yang menakutkan adalah Hwasa sedang berada kampung halamannya. Sejak kejadian itu, MOMOLAND akhirnya memutuskan untuk berpindah ke asrama yang lain.

Miss A

26 • GFRIEND's Fingertip MV Teaser. It's creepy but i'm not sure if it is one of her members or a staff or a part of the MV. pic.twitter.com/h4o25M7ISz

— ? (@sealilacy) June 9, 2017

Cerita misteri ini dari teaser musik video Only You. Kejadian aneh ini bermula ketika seorang warganet secara tidak sengaja seperti mendengar suara seorang lelaki menjerit di dalam video klip tersebut. Suara jeritan tersebut kedengaran di bahagian Fei menyanyi

kisah seramkisah seram artis korea
https://lomp.at/e9f8j
Share13Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  2. 2

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  3. 3

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore