Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

9 Bulan Untuk Tunggu Jawapan, Akhirnya Ziana Zain Bersetuju Keluarkan Single Terbaharu Bersama Hasif Upin

by Aphit J.
July 15, 2023
Share on Facebook

Buat julung-julung kalinya, sebuah gabungan hebat dua penyanyi berbeza generasi, Hasif Upin dan Ziana Zain digabungkan dalam sebuah single yang cukup istimewa.

Hadir Dengan ‘Waktu’

via Armani Entertainment

Hasif Upin yang merupakan penghasil konten viral media sosial yang kini bergelar penyanyi bergabung bersama Ziana Zain yang merupakan lagenda seni suara tanah air yang terkenal dengan lagu-lagu bernada tinggi hadir dengan lagu berjudul ‘WAKTU’.

Lagu ini merupakan hasil ciptaan komposer terkemuka negara iaitu Iqie Hugh, John Jeeves  dan Firdaus Rahmat, dan diterbitkan oleh label rakaman paling sensasi masa kini, Armani Entertainment Group.

Penantian selama 15 tahun akhirnya terjawab, penyanyi bertaraf legendaris, Ziana Zain kembali meyumbangkan suaranya yang sangat dirindui oleh peminat-peminat semua.

Menunggu Selama 9 Bulan

Idea disebalik tercetusnya single ini merupakan ilham bernas pihak syarikat rakaman sendiri, AEG. Apabila ditanya siapa penyanyi yang Hasif mahu duet bersama, nama Ziana Zain meniti di bibirnya.

Tambah Ziana, pihak AEG menunggu selama 9 bulan untuk mendengar jawapan dari saya dan akhirnya saya bersetuju, lagu ini sememangnya sudah tersedia dan hanya menunggu masa untuk dirakamkan sahaja.

Kisah Penderitaan Akibat Cinta

via Armani Entertainment

WAKTU merupakan sebuah lagu pop bergenre balada rock yang sedikit teatrikal dengan komposisi muzik dramatik.

Ia menceritakan tentang kisah penderitaan dua insan yang terluka akibat cinta yang lalu, walau sudah lama berpisah dan membawa haluan masing-masing, mereka tetap di hantui bayangan dan hidup dalam trauma.

Topik Berkaitan [VIDEO] Ziana Zain Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Menjadi Pramugari-"Guna Air Panas Basuh..."

Lagu WAKTU boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Armani Entertainment.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Hasif Upinziana zain
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara