Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti selepas berkongsi penampilan terkininya di media sosial, baru-baru.
Menerusi hantaran di Instagram, Datuk A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang dilihat kelihatan anggun dan sopan menggayakan hijab pada 12 Ramadan selain menyatakan bahawa dia berhijab bukanlah disebabkan orang lain.
“Bertudung bukan sebab orang lain, tetapi sebab hati.”-kapsyen A. Aida di Instagram
“Nampak Class Yang Ni, Setiap Ujian Ada Asbabnya..”
Perkongsian A. Aida dibanjiri dengan komen oleh rakan selebriti serta peminat yang menitipkan rasa syukur melihat perubahannya yang positif, malah ramai yang mendoakan agar penerbit terkenal ini terus istiqomah melakukan kebaikan.
“Janji dengan Ustaz asyik bermain di fikiran selepas kembali sedar dari ICU. Terima kasih Ustaz. Moga Allah pelihara kita semua.”-Datuk A. Aida
“Cantiknya sayang ku 😍😍.”-Rozita Che Wan
“Alhamdulillah syukur Allah 😍😍.”-Dr Izhar Ariff
“Pembetulan bukan bertudung tapi menutup aurat. Apa pun moga sihat-sihat selalu hendaknya.”
“Nampak class yang ni, setiap ujian ada asbabnya.”
“MasyaAllah Allahuakbar moga terus istiqomah ya kakak ku Aida, pasti Allah lebih sayang.”
“Bertudung pun masih stylo.”
Nama penerbit Datuk A. Aida sebelum ini mengejutkan netizen dan rakan selebriti selepas dikejarkan ke ICU selepas dilaporkan rebah ketika menjalani rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada September lalu.
Kongsi rakan karib Aida, Mohd Izhar menceritakan bahawa Aida ketika sempat meminta izin untuk ke tandas ketika rawatan fisioterapi sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.
Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja untuk Datuk A. Aida agar terus istiqomah dalam menutup aurat dan melakukan kebaikan..Apa komen anda?






