Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Aaliyah Massaid Berang Anak Bersama Thariq Halilintar Dikeji, Sumpah Netizen Terima Balasan Tuhan

by Puteri Alia
June 23, 2025
Share on Facebook

Menerima pelbagai komen negatif sejak kelahiran cahaya mata sulung mereka, pasangan selebriti terkenal Indonesia, Thariq Halilintar dan Aaliyah Massaid, akhirnya memutuskan untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka kepada umum. Keputusan ini diambil demi menjaga privasi keluarga dan mengelakkan anak mereka daripada terus menjadi sasaran kecaman tidak berasas.

Aaliyah, yang dikenali menerusi siri popular Bintang Di Langit, meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap beberapa individu yang membuat andaian melampau mengenai keadaan fizikal anaknya. Menurut Aaliyah, dia tidak akan sesekali memaafkan mereka yang mengeluarkan kata-kata buruk terhadap anak yang baru dilahirkan itu.

Kemarahan Aaliyah memuncak apabila ada pihak mendakwa anaknya mengalami kecacatan fizikal hingga menyebabkan dia dan Thariq malu untuk mendedahkan wajah si kecil kepada umum. Bagi Aaliyah, tuduhan itu bukan sahaja tidak berperikemanusiaan, malah mencerminkan betapa dangkalnya sesetengah netizen dalam memberikan komen.

Dalam kenyataannya, Aaliyah berharap agar segala doa buruk yang dilemparkan kepada keluarganya berbalik kepada individu yang mengeluarkannya. Beliau juga menegaskan bahawa sebagai ibu muda, dia berhak melindungi anaknya daripada menjadi bahan spekulasi dan perbualan masyarakat.

Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada 26 Julai 2024, menyambut kelahiran anak sulung mereka pada 13 Jun lalu melalui kaedah pembedahan. Walaupun kehidupan rumah tangga mereka sentiasa menjadi tumpuan peminat dan media, keputusan untuk menyembunyikan wajah anak mereka memperlihatkan sisi matang dan tegas Aaliyah dalam menempuh dunia keibuan.

Langkah berani pasangan muda ini untuk tidak tunduk kepada tekanan netizen dan tetap berpegang pada prinsip privasi membuktikan bahawa tidak semua perkara perlu dikongsi kepada umum, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kebahagiaan dan keselamatan anak sendiri.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Aaliyahaaliyah massaidThariq Halilintar
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Heidi Klum
Spotlight

Ngeri! Heidi Klum Muncul Sebagai Tangan Putus Sempena Halloween 2026

by Nurul A.
November 2, 2026

Setiap tahun, ramai yang menantikan kostum para selebriti untuk perayaan Halloween. Untuk tahun ini, supermodel Heidi Klum mencuri perhatian ramai...

Read moreDetails
Kim Soo Hyun
Spotlight

Kim Soo Hyun ‘Ugut’ Mahu Saman Netizen?

by Nurul A.
October 16, 2026

Aktor Korea Selatan, Kim Soo Hyun melalui agensinya, Gold Medalist, mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan...

Read moreDetails
Spotlight

Siap Bawa Buku Nota Ketika Bersanding! 7 Perkara Curi Perhatian Di Resepsi Syed Saddiq & Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Majlis resepsi perkahwinan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah nyata mencuri perhatian ramai. Bukan...

Read moreDetails
Filem Seram
Filem

4 Filem Seram Yang ‘Confirm’ Buat Kamu Tak Boleh Tidur Malam Ni!

by Nurul A.
November 15, 2026

Kebiasaannya hujung minggu merupakan waktu yang terbaik untuk menonton filem. Selain filem bergenre rom-com, thriller dan komedi, apa kata kamu...

Read moreDetails
Foto - @absolutbazaar (IG) / @heize80s (Threads)
Spotlight

Isi Surat Chester Bennington Untuk Siti Nurhaliza- “Dear Ms Siti…”

by Nurul A.
September 21, 2026

Selepas dua dekad tersimpan rapi, sepucuk surat daripada mendiang vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington untuk Biduanita Negara, Datuk Seri...

Read moreDetails
Spotlight

“Untuk Wanita Yang Mulut Celupar”- Bunga Isme Tempelak Netizen Sentuh Fizikal Najwa Latif

by Phic ARMAN
September 18, 2026

Kalau seseorang berubah bentuk badan selepas berkahwin atau mempunyai anak, adakah itu bermakna mereka tidak lagi layak menerima komen positif?...

Read moreDetails
Spotlight

Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Apa yang akan anda buat kalau tiba-tiba diminta menyanyi bersama kumpulan muzik tradisional yang bahasanya mungkin asing di telinga? Bagi...

Read moreDetails
Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Brooklyn Beckham
Spotlight

Bukan Dipuji, Malah Dikritik! Ini Sebabnya Netizen ‘Hentam’ Masakan Brooklyn Beckham

by Nurul A.
October 15, 2026

Anak sulung David Beckham dan Victoria Beckham, Brooklyn Beckham, sekali lagi menjadi sasaran warganet selepas berkongsi masakannya di media sosial....

Read moreDetails
Spotlight

Jarang Remy Ishak Mengamuk Di Threads, Kali Ini Isu Oksigen Pula Jadi Punca!

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Jarang-jarang pelakon Datuk Remy Ishak bersuara di Threads, sekali dia muncul dengan luahan yang cukup pedas! Kali ini, isu jerebu...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara