• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Kasihan Abang ‘Rider’! Pelanggan Siap Bawa Senduk Kerana Pesanan Makanan Lambat Tiba

Kerana restoran yang lewat, rider pula yang dipersalahkan

by Puteri Alia
October 29, 2021
Foto - Beamstart

Foto - Beamstart

Share on Facebook

Menjadi penghantar (rider) makanan bukan satu pekerjaan yang mudah apatah perlu  harungi cuaca yang tidak menentu untuk menghantar makanan kepada pelanggan.

Namun,  tidak semua penghantar makanan lalui hari yang lancar ketika menghantar makanan.Ada kala mereka menjadi sasaran pelanggan yang melepaskan rasa tidak puas hati tatkala mendapat tahu makanan yang dipesan akan lambat tiba.

Gara-gara Makanan Lambat, Pelanggan Salahkan ‘Rider’

Itulah yang berlaku kepada seorang penghantar makanan dari Delivereat, di mana terdapat pelanggan yang menyalahkan penghantar makanan tersebut selepas memberitahu kelewatan makanan yang dipesan di sebuah restoran.

Perkongsian tersebut dikongsikan kepada rakannya, Farid Affy menerusi mesej di WhatsApp sebelum berkongsi  di Twitter.

Foto – Twitter @faridaffy

“Bab* betul, hari ni aku kena lagi.

Aku dapat pesanan tadi dekat Hameediyah. Pesanan biasa je. Kau tahu berapa ramai orang dekat Hameediyah. Pesanan masuk aku gerak ah pergi sana.

Sekali sampai, dia orang tak buat lagi. Aku inform lah pelanggan tu, cakap yang pesanan yang dia orang tak buat lagi as courtesy je bro.

Sekali dia bising dekat aku, cakap aku teruk lah apa lah. Aku cakap dekat dia, “kak, saya rider, yang tak buat pesanan akak tu kedai tu. Lepas tu dia cakap aku kurang ajar weh. Tak apa lah aku sabar lagi. Tunggu punya tunggu, dalam 15 minit juga baru siap.

Aku inform kak tu kata aku dalam perjalanan. Terus dia telefon aku, maki-maki cakap pasal apa lambat. Aku cakap lah, kak saya dalam perjalanan ni. Makanan akak baru siap.

Lepas tu aku letak lah telefon. Sampai je rumah dia, nakharam kena bubuh. Dia kata nak report dekat HQ Delivereat. Aku cakap lah bukan salah aku. Restoran tu yang lambat.

Hang tahu dia buat apa? Dia boleh kata tak nak bayar sebab lambat. Aku dok sabar ja. Last-last anak dia mai hulur duit dekat aku, ambil makanan lepas tu tarik mak dia masuk. Mak dia masa tu sampai bawa senduk nak tibai aku Yid hahaha.” Luah penghantar makanan

Mendapat kebenaran rakannya (rider) untuk berkongsi kisah di Twitter, membuatkan Farid tertanya mengapa perkara seperti itu sering terjadi dikalangan penghantar makanan.

“Kenapa RIDER yang selalu dipersalahkan??”

“Ni member aku baru kena tadi. Yang aku tak faham, pelanggan bukan boleh semak ke dalam app?” tulisnya

Netizen Geram Dengan Sikap Sesetengah Pelanggan 

Kisah yang dikongsikan di Twitter itu mendapat perhatian ramai warganet, dan rata-rata ramai yang menyuarakan pandangan tidak puas hati terhadap gelagat pelanggan seperti itu.

[VIDEO] Rider Grab Tak Percaya Terima Tips Besar Dari Pelanggan
Foto – Twitter

“Confirm anak dia malu, sebab tu senyap ja hulur duit lepas tu tarik mak masuk haha”

“Kesian rider. Hehe.. Tapi faham lah.. Yang buat pesanan tu bukan rider. Orang lapar memang macam tu. Menyinga tak tentu pasal, lain kali pesan awal-awal sebelum lapar. Ahaha”

“Ya lambat, tapi 15 minit je pun. Kau bukan pergi kedai, kalau pergi kedai mahu kena sidai 20 minit juga baru dapat air.”

“Confirm anak dia malu dapat mak gila, tu yang tarik masuk dalam. Dah kenapa mak dia pun.. Marah dekat anak ke apa sampai orang lain jadi mangsa.” Komen warganet

Tak pasal-pasal kena maki, apa pandangan anda tentang isu ini?

delivereatfood deliveryrider
https://lomp.at/h90ro
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore