Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Abby Abadi Tersentuh Dengar Nasihat Bapa Amira Othman-“Buat Saya Nangis, Ingat Arwah Ayah Dulu’”

by Puteri Alia
October 14, 2025
Share on Facebook

Pelakon, Abby Abadi meluahkan rasa tersentuh selepas mendengar ucapan penuh makna yang disampaikan oleh bapa kepada penyanyi dan pelakon, Amira Othman, iaitu Othman Abd. Kadir. Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, nasihat itu bukan sahaja memberi kesan mendalam kepada Amira dan suaminya, pelakon Fattah Amin, tetapi juga kepada dirinya yang pernah melalui pelbagai ujian dalam kehidupan berumah tangga.

“Sarat peringatan hebat daripada seorang ayah yang hebat. Peringatan hebat untuk Amira dan Fattah serta sangat baik untuk mereka yang nak mendirikan rumah tangga,” tulis Abby di platform Threads.

Abby mengakui dirinya sebak dan hampir menitiskan air mata ketika mendengar nasihat tersebut kerana ia mengingatkannya kepada arwah bapanya yang tidak pernah berpeluang memberikan kata-kata seindah itu semasa hayatnya. “Panjang tapi memang buat saya rasa nak nangis sebab arwah ayah saya dulu tak pandai nak bagi nasihat panjang begitu,” luahnya.

Tambah pelakon drama Gerak Khas itu lagi, antara pesanan yang benar-benar menyentuh hatinya ialah mengenai pentingnya sikap saling memujuk dan tidak menjauhkan diri apabila berlaku perselisihan faham dalam rumah tangga. “Antara ‘point’ yang saya ingat macam yang saya tulis sebab saya lalui sendiri. Gaduh, tak pujuk, tidak balik berbulan-bulan memang membuatkan keadaan jadi lebih buruk. Banyaklah ‘point’ lain yang menusuk di kalbu,” katanya.

Perkongsian Abby itu pantas meraih perhatian ramai netizen yang turut tersentuh dengan keindahan nasihat tersebut serta mengagumi cara Abby menzahirkan rasa hormat terhadap nilai kekeluargaan. Ramai yang berpendapat, kata-kata bapa Amira itu bukan sekadar nasihat untuk pasangan pengantin baharu, tetapi juga panduan hidup yang wajar dijadikan teladan oleh semua pasangan suami isteri.

PU Syed Tegur Abby Abadi Dedah Aib Bekas Suami?, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!
abby abadi
https://lomp.at/40570
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa...

Read moreDetails
Foto - @littlemisskhan (IG) / @bakers.33 (IG)
Lokal

Rantai Di IG Ameera Khan Jadi ‘Clue’, Didakwa Rapat Dengan Kerabat Diraja Pahang?

by Nurul A.
January 8, 2026

Nama pempengaruh fesyen-kecantikan, Ameera Khan sekali lagi menjadi perbualan ramai. Kali ini bukan kerana hubungannya dan pelakon Indonesia, Jefri Nichol...

Read moreDetails
Foto - @meerqeen (IG)
Lokal

[VIDEO] Tiada Syarat Penampilan, Meerqeen Inginkan Wanita Beradab & Hormat Keluarga

by Nurul A.
January 20, 2026

Peminat jadi tak keruan selepas pelakon Meerqeen mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya. Menerusi temu bual podcast Myn & Cat di YouTube,...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore