• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

“Saya Masih Orang Yang Sama”-Adele Akui Terluka Dengan Komen Mengenai Berat Badannya

Beliau memberitahu tidak akan pernah berkongsi prosesnya untuk langsing

by Naddy Joe
October 8, 2021
via VOGUE

via VOGUE

Share on Facebook

Penyanyi Adele, meluahkan rasa kecewa terhadap komen netizen mengenai penurunan berat badannya yang drastik selepas bersenam selama sekitar tiga tahun .

Akui Masih Menjadi Orang Yang Sama

Menerusi temubualnya bersama Vogue, Adele memberitahu bahawa tubuh badannya menjadi tumpuan sepanjang karier sebagai seorang penyanyi.

“Tubuh saya telah menjadi objektif sepanjang karier saya. Bukan hanya sekarang. Saya faham mengapa ia mengejutkan. Saya faham mengapa sesetengah wanita terluka.

Secara visualnya, saya mewakili banyak wanita. Tetapi saya masih orang yang sama.”- dedah Adele

via Instagram

Tambahnya, beliau akui komen netizen mengenai tubuh badannya telah menyakitkan perasaanya.

“Dan bahagian yang paling terburuk adalah pebualan kejam yang dilakukan oleh wanita lain mengenai tubuh badan saya. Saya sangat kecewa dengan itu. Ia menyakitkan perasaan saya.”-Luah Adele

Peminat Terkejut Dengan Perubahan Diri 

Penyanyi Rolling In The Deep ini memberitahu beliau menyedari peminat terkejut dengan tubuh badannya yang langsing selepas memuatnaik foto dirinya di Instagram pada Mei 2020 dan menyatakan bahawa beliau tidak akan pernah berkongsi proses untuk langsing secara dalam talian.

“Orang terkejut kerana saya tidak berkongsi ‘perjalanan saya’. Mereka terbiasa dengan orang yang mendokumentasikan semuanya di Instagram, dan kebanyakan orang yang berada pada kedudukan saya akan mendapat masalah besar dengan jenama diet.

Saya melakukannya untuk diri sendiri dan bukan untuk orang lain. Jadi mengapa saya harus berkongsinya. Saya tidak menganggapnya menarik. Ini tubuh badan saya”- katanya

View this post on Instagram

A post shared by Adele (@adele)

Menerusi American Vogue, Adele memberitahu bahawa sebahagian daripada perjalanan kesihatannya bermula kerana pergi ke gimnasium untuk membantu meredakan segala anxiety dengan lebih baik.

“Ia menjadi masa saya. Saya menyedari bahawa ketika saya bersenam, saya tidak mempunyai anxiety. Ia bukan mengenai menghilangkan berat badan.

Saya berfikir, jika saya boleh menjadikan badan saya kuat secara fizikal, dan saya dapat rasa dan melihatnya, kemudian mungkin suatu hari nanti saya dapat membuatkan emosi dan minda saya kuat secara fizikal”- kata Adele

via VOGUE

Penyanyi ini mendedahkan bahawa beliau tidak melakukan sebarang diet dan intermittent fasting. Sebaliknya, beliau hanya bersenam sebanyak dua atau tiga kali sehari dan mengangkat berat pada waktu pagi,. Selain itu, Adele turut melakukan kardio pada waktu malam, sering mendaki dan bertinju pada waktu petang.

adele
https://lomp.at/qf2j8
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore