Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Agartana Orchard: Siapa Sangka Pokok Gaharu Boleh Jadi Pintu Harapan & Rezeki

by Phic ARMAN
November 11, 2025
38
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramai orang kenal gaharu sebagai kayu wangi mahal, selalu ada dalam minyak atar, lilin atau wangian eksklusif. Tapi sebenarnya, pokok gaharu ini penuh cerita dan potensi untuk rezeki, kesihatan dan kesejahteraan kita.

Baru-baru ni, Heartana Global Berhad lancarkan projek Agartana Orchard dekat Bukit Selambau, Kedah. Yang menarik, 100 pelanggan pertama turun sendiri tanam pokok gaharu mereka. Bukan setakat pelanggan, kerabat diraja Malaysia, termasuk YM Tunku Mohamed Alauddin Tunku Naquiyuddin dan YM Tengku A’liaa Muna Tengku Abdul Rahman pun hadir dan tanam pokok sebagai tanda sokongan. Bayangkan, satu pokok gaharu, satu simbol harapan dan masa depan yang lebih baik.

Bukan Sekadar Kayu Wangi

Gaharu bukan cuma kayu mahal. Dah lama digunakan dalam perubatan tradisional sebab ada manfaat untuk tenangkan badan dan minda. Agartana pula nak bawakan gaharu ke level lain, bukan setakat untuk minyak wangi, tapi juga produk kesihatan dan kesejahteraan. Lepas ni, setiap pokok yang ditanam akan dijaga dengan rapi, sambil dikaji cara terbaik untuk hasilkan gaharu berkualiti tinggi.

Dana Pendidikan Agartana: Pokok Untuk Ilmu

Yang paling menarik, bila tanam pokok dengan Agartana, 3% daripada harga pokok akan disalurkan ke Dana Pendidikan Agartana. Dana ini bantu pelajar dan penyelidik tempatan belajar tentang gaharu, kelestarian, dan inovasi kesihatan.

Yang lagi power, dana ini guna teknologi blockchain, maksudnya semua sumbangan telus dan boleh semak. Jadi setiap pokok yang ditanam bukan sekadar pokok, tapi peluang untuk ilmu dan masa depan.

Gaharu, Alam & Masa Depan

Menurut Jessica Tan, pengasas Heartana Global Berhad, projek ni dibuat untuk bantu manusia hidup seimbang dengan alam. Ia bukan sekadar projek jangka pendek, tapi legasi untuk masa depan. Dalam majlis pelancaran tu, ramai tetamu hadir termasuk wakil dari Taiwan, tokoh korporat tempatan, dan kerabat diraja. Semua sama-sama tanam pokok, jadi ia bukan sekadar simbol pokok, tapi simbol keseimbangan antara manusia, ilmu dan alam.

Dulu gaharu dianggap “kayu orang kaya”. Sekarang, melalui Agartana, pokok gaharu boleh jadi sumber rezeki, kesihatan, dan peluang untuk semua, termasuk mereka yang nak cari pendapatan sampingan atau peluang belajar sambil jaga alam.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
AgartanaHeartana Global Berhad
Share15Tweet10SendShare

KINI TRENDING

Raja Muda Selangor
Usahawan

Raja Muda Selangor Berkenan Cemar Duli Pusingan Akhir Liga SAY ASPIRE Edisi Ke-7

by Nurul A.
September 9, 2026

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan mencemar duli...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

by Phic ARMAN
September 24, 2026

Kalau selama ini nama Village Park cukup sinonim dengan nasi lemak dan ayam goreng yang membuatkan orang sanggup beratur, kini...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara