Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Aina Abdul Cipta Sejarah Sendiri, Dipilih Nyanyi Lagu Rasmi ASEAN Summit 2025

by Puteri Alia
May 22, 2025
47
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul terus mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih menyanyikan lagu rasmi ASEAN Summit 2025 berjudul Our Land, Our Home yang kini rancak dimainkan di corong radio dan kaca televisyen seluruh negara. Lagu yang mengangkat tema perpaduan serantau itu bakal menjadi simbol penyatuan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang dijadual berlangsung minggu hadapan. Karya berprestij ini lahir daripada kolaborasi antara Aina, komposer ternama Datuk Mokhzani Ismail dan penulis lirik Rafiza Rahman.

Aina mengakui teruja dan bersyukur apabila dipilih menyampaikan lagu tema rasmi bagi persidangan antarabangsa itu. Katanya, beliau dihubungi oleh Mokhzani sekitar Februari lalu untuk menyatakan hasrat menjadikan dirinya penyanyi utama lagu berkenaan. Selepas persetujuan diberikan, barulah proses penciptaan melodi dimulakan agar sesuai dengan jangkauan vokalnya. Aina menyifatkan pengalaman itu sebagai sesuatu yang membanggakan dan berpuas hati dapat menyumbang suara untuk acara sebesar ini.

Bagi Mokhzani, yang juga Pengarah Muzik RTM, proses penciptaan lagu tersebut tidak mengambil masa yang lama walaupun beliau ketika itu sibuk menyiapkan lagu tema sambutan Jubli Perak Raja Perlis. Lagu Our Land, Our Home disuntik elemen ‘sing-along’ dengan sentuhan ala-Disney yang menjadi gaya kegemarannya. Elemen tradisional seperti gendang turut dimasukkan bagi memberi warna lokal dan rasa kebangsaan. Mokhzani memberi Aina kebebasan untuk mengekspresikan penghayatan lagu itu sepenuhnya agar hasil akhir lebih jujur dan menyentuh jiwa.

Penulis lirik, Rafiza Rahman yang juga Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dari Kementerian Komunikasi menjelaskan bahawa setiap bait lirik dicipta dengan semangat untuk menyatukan rakyat Asia Tenggara sebagai satu komuniti besar yang meraikan kepelbagaian budaya dan latar belakang. Lirik tersebut menyampaikan mesej kekuatan melalui kerjasama, saling menghormati dan perpaduan antara negara-negara ASEAN. Rafiza turut memuji persembahan Aina yang disifatkan jelas dan penuh penghayatan, menjadikan lagu itu bukan sekadar karya muzik tetapi juga satu bentuk puisi bersemangat Asia.

[VIDEO] Gelagat Aina Abdul Kena 'Attack' Dengan Bola Gergasi Di Konsert Melly Goeslaw, Netizen Terhibur!

Our Land, Our Home dirakam dengan iringan Orkestra RTM dan kini menjadi antara elemen penting dalam menyemarakkan suasana sambutan ASEAN Summit 2025 yang bakal berlangsung penuh gilang-gemilang.

aina abdulasean summit
https://lomp.at/77zae
Share19Tweet12SendShare

KINI TRENDING

Foto - @loritayoung_mua (IG)
Indonesia

Manohara ‘Curhat’, Dedah Ibu Sering Jumpa Bomoh & Amal Ilmu Hitam

by Nurul A.
January 21, 2026

Model Indonesia, Manohara menjadi tular selepas mendedahkan kisah gelap masa lalunya bersama ibunya, Daisy Fajarina. Menerusi Instagram Strories, Manohara turut...

Read moreDetails
Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
Lokal

Adriana Adnan Pernah Diminta Cipta Kontroversi Untuk Kekal Relevan-“Maruah Diri & Keluarga Lebih Penting..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan mempersoalkan tindakan pihak terlibat dalam industri seni tempatan yang kadangkala seolah-olah cuba menjatuhkan dan membuatnya...

Read moreDetails
Lokal

“Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

by Naddy Joe
February 25, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bukan mudah untuk menyelenggara rumah agam 28 bilik miliknya di Petaling Jaya....

Read moreDetails
Foto - @mfmirafilzah (IG)
Lokal

Mira Filzah Ambil Tindakan Selepas Wajah Disalah Guna AI

by Nurul A.
January 16, 2026

Pelakon Mira Filzah mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan kandungan yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore