Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Aina Abdul Jawab Dakwaan Persembahan Beri Pengaruh Bunuh Diri

by Khai Azfar
February 10, 2020
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Persaingan 12 finalist dalam Anugerah Juara Lagu ke-34 dilihat peminat sebagai cukup ‘epic’. Manakan tidak, 12 lagu yang dipilih dari 30 pencalonan sebelum ini digambarkan mempunyai vokal yang cukup mantap dan persembahan setiap dari mereka cukup memukau.

Aina Abdul Beri ‘Sumpahan’? 

Bagaimanapun, pada malam AJL34 terdapat beberapa kontroversi melibatkan persembahan finalist kali ini termasuklah mengenai persembahan dari Aina Abdul menerusi lagu Sumpah.

Aina, yang memakai pakaian serba putih mencuri perhatian penonton Axiata Arena apabila baju tersebut secara tiba-tiba mengeluarkan warna merah sebagai simbolik darah yang keluar. Namun begitu, persembahan memukau Aina dikatakan kononnya menunjukkan konsep bunuh diri agak keterlaluan dan melanggar peraturan seperti yang dinyatakan oleh Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA).

“Sangat mengejutkan. Apakah sudah tiada idea kreatif lain sehingga mendesak untuk melakukan persembahan yang berkonsepkan bunuh diri di pentas AJL tahun ini? Stesen TV dan produksi sepatutnya sudah sedia maklum dengan larangan adengan sedemikian di media.

“Dalam persembahan terbabit, penyanyi itu yang berpakaian serba putih menikam dadanya sehingga darah membuak-buak keluar membasahi pakaiannya. Skrin latar mempamerkan darah pekat yang mengalir,”

Aina Bertegas 

Namun, Aina menerusi laman Instagram nya menafikan bahawa konsep yang digunakan adalah simbolik kepada bunuh diri sebaliknya ianya adalah lambang hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayangi. Tegasnya lagi sebagai seorang muslim, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk melakukan konsep yang sedemikian.

“Astaghfirullah al adzim… Nauzubillah min zalik… Sebagai seorang wanita muslim, tak pernah terlintas di fikiran saya untuk melakukan konsep seperti yang didakwa. Saya masih waras dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Persembahan saya hanya sebuah ekspresi seni yang saya sampaikan atas pentas AJL34 dan ia merupakan kesinambungan kepada jalan cerita muzik video Sumpah.Perkara ini saya sudah pun maklumkan sejurus selepas persembahan selesai di Instagram saya.

Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya.Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya”

Dalam pada itu, Aina turut mengharapkan agar penjelasan ini dapat menjawab tanggapan negatif sesetengah pihak selain menitipkan rasa syukur kerana diberikan kesempatan untuk berada di pentas AJL34.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Sebagai rekod, lagu Sumpah merupakan nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Aina sendiri.

[VIDEO] "Tak Mudah Untuk Berdiri Atas Label Sendiri, Kepuasan Dalam Berkarya"- Aina Abdul
aina abdulAina Abdul AJL 34ajl 34
https://lomp.at/sj4l6
Share18Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Musik

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

by Phic ARMAN
January 9, 2026

Menjelang Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, nama Datuk Seri Siti...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    [VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore