Tuesday, August 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Air Arak ‘Timah’ Cetus Kontroversi, PU Syed Mahu Kerajaan Tentang Sekerasnya!

by Puteri Alia
October 18, 2021
Foto - Iluminasi

Foto - Iluminasi

239
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular baru ini di media sosial milik pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri yang menyentuh isu arak di Malaysia.

Pandangan tegas ini di bangkitkan di Instagramnya, selepas mengetahui terdapat syarikat pengeluar minuman beralkohol itu, menamakan air arak dengan nama ‘Timah’.

PU Syed Mahu Kerajaan Tentang Sekeras-Kerasnya!

Menurut pendakwah terkenal ini isu air arak perlu ditentang sekeras-kerasnya, apatah lagi kini ada pula syarikat pengeluaran minuman beralkohol menggunakan nama Melayu seperti untuk memperdayakan orang Muslim di Malaysia.

PU Syed mengatakan kerajaan harus bersama-sama menangani isu ini dengan membuat sesuatu supaya syarikat pengeluar air arak tersebut menukar nama jenamanya atau keluar dari Malaysia.

Foto – Instagram @pusyed_official/Iluminasi

“Menamakan arak “air kencing syaitan” ini dengan nama Timah sangat mencarik hati umat Islam di Malaysia, apatah lagi arak ini dikeluarkan di Malaysia!

Ianya perlu ditentang sekeras-kerasnya bahkan kerajaan perlu menggunakan segala yang ada untuk pihak syarikat tersebut menukar nama atau berambus dari Malaysia.

Cukup-cukuplah papan tanda besar Carlberg di Shah Alam.. Dan papan-papan tanda jualan arak di merata tempat yang sangat menyemakkan mata.. Kini ditambah lagi dengan jenama ini.” Tegasnya

Netizen Mahu Pemimpin Bersuara Dan Ambil Tindakan

Isu nama air arak yang dibangkitkan PU Syed ini mendapat perhatian orang ramai dan masing-masing memberi pendapat bahawa para menteri harus memainkan peranan dalam menangani hal-hal seperti ini.

Foto – Instagram @pusyed_official

“Sokong.. Melampau sunggu sampai macam tu sekali..”

“Peluang terbaik untuk batalkan lesen kilang air kencing syaitan tu.. Kalau tak ‘grab’ memang *****. Sekurang-kurangnya boleh tutup sebuah kilang.”

“Kita bersama PU Syed lawan puak-puak laknat ni.”

“Allahuakbar.”

“Semakin lama, Islam diperkotak-katik. Tapi pemimpin diam membisu.”

Foto – Instagram @pusyed_official

“Timah?? Walaweh. Menteri agama sila lah BERSUARA.. Kata negara Islam tapi arak molek ada je. Pemimpin tu tegur suruh TUTUP AURAT… Baru Allah jaga negara.. Ni pangkat sekadar pangkat. Gelaran sekadar gelaran.. Apa benda!”

“Setuju sangat-sangat ustaz. Dah lama sangat ada dekat Malaysia. Dah tiba masa untuk ditutup. Pihak berwajib kena ambil tanggungjawab.”

Berat isu ini, memang sudah bertahun air arak dengan pelbagai nama jenama telah dikeluarkan di Malaysia. Kini sudah tiba masanya hal ini diberi perhatian, demi menjaga generasi dan ummah dari tenggelam dalam air kencing syaitan ini.

PU Syed Tegur Abby Abadi Dedah Aib Bekas Suami?, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!
arakMalaysiaPU Syedtimah
https://lomp.at/e9aae
Share96Tweet60SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  4. 4

    Ramai Batal Pesanan Rendang, Ini Respons Khairul Aming- “Saya Taknak Aniaya Masa Orang…”

  5. 5

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem