Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Konsert

AirAsia Hausboom Festival 2025 Lagi Padu – Tiket Murah, Hadiah Kereta & Lineup Legend!

by Aphit J.
August 31, 2025
Share on Facebook

Hausboom kembali dengan AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink, dan kali ini mereka bawa konsep baharu: “Paint the Town Red”.

Festival Muzik + Gaya Hidup = Gempak Gila

via OPR Network

Festival muzik dan gaya hidup paling dinanti ini akan berlangsung pada 11 & 12 Oktober 2025 di MAEPS Serdang, dijanjikan lebih besar, lebih lantang, dan lebih happening.

Warna merah dipilih bukan sekadar gaya — tapi lambang semangat, tenaga, dan keberanian, sama seperti gabungan epik Hausboom, AirAsia dan Hotlink.

Tahun ini, AirAsia bukan sekadar penaja, tapi rakan utama yang menjadikan festival ini lebih “full package” dengan hiburan, makanan, fesyen dan pelbagai aktiviti menarik.

Ada juga kempen Scan & Win dengan QR Code khas atas tin Hausboom edisi terhad, yang boleh didapati di seluruh negara.

Hadiah? Gila best — dari tiket penerbangan percuma, baucar, tunai hingga tiket festival dan banyak lagi.

Bukan Sekadar Muzik, Tapi Pesta Gaya Hidup

via OPR Network

Apa yang buat festival tahun ni lain dari biasa adalah pelbagai aktiviti tambahan – macam Hausboom KL Foodie Fest hasil kerjasama dengan KL Foodie, himpun lebih 100 vendor makanan rare dan unik.

Lepas tu ada Lokal Fest 2025, gabungkan streetwear dan barangan thrift eksklusif dari lebih 80 jenama terkenal.

Jangan risau pasal makan minum, sebab 7-Eleven pun join sebagai rakan rasmi – lengkap dengan Slurpee, kopi, soft serve dan makanan on-the-go.

Paling rare, pembeli tiket festival ni berpeluang menang sebuah Perodua Ativa baharu melalui cabutan bertuah eksklusif.

Hotlink pula kembali sebagai penaja rasmi dan bawa macam-macam ganjaran untuk pengguna bijak, termasuk hadiah harian setiap Ahad menerusi edisi tin istimewa.

AirAsia Hausboom Festival 2025 Berjaya Satukan Artis Malaysia & Indonesia Dalam Satu Pentas

Lineup Meletup, Tiket Mampu Milik

via OPR Network

Pentasan akan dimeriahkan oleh nama-nama besar seperti Dato’ M. Nasir, Ella, Jamal Abdillah, Slam, Spider, Bunkface, K-Clique, Noh Salleh dan ramai lagi.

Bakat muda pun tak kurang power — ada Dolla, Insomniacks, Salammusik, DJ Fuzz, dan artis-artis dari Indonesia seperti Samsons, Feby Putri, Kunto Aji dan banyak lagi.

Tiket dijual pada harga mampu milik:

  • RM119 (General)

  • RM299 (Rockzone)

  • RM1,200 (VVIP – siap dengan view eksklusif, makanan & minuman free, tandas VIP & laluan ekspres!)

Nak beli tiket? Layari sayalive.io/hausboomfestival2025

Jangan tunggu last minute — ini bukan festival biasa-biasa. Tahun ni, Hausboom betul-betul paint the town red!

AirAsia Hausboom Festival 2025
https://lomp.at/2j8ao
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore