Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

AirAsia Lancar Chatbot Serta Laman Web dan Aplikasi Mudah Alih Berwajah Baharu

by Phic ARMAN
February 7, 2019
Share on Facebook

AirAsia hari ini melancarkan laman web dan aplikasi mudah alih berwajah baharu, termasuklah chatbot yang dikenali sebagai AVA (AirAsia Virtual Allstar) yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).

Wajah baharu ini direka untuk kemudahan para tetamu dan bertujuan untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar kepada pengguna airasia.com serta pengguna aplikasi mudah alih yang mencecah 3.3 juta pengguna aktif bulanan, untuk menempah penerbangan dan mendapatkan tawaran membeli-belah dalam talian serta sokongan pelanggan.

Ciri-ciri baharu termasuklah:

Halaman utama baharu

Halaman utama komprehensif yang baharu direka untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah dan cepat, termasuklah notis penerbangan akan datang, pintasan carian dan carian baharu, pautan kepada tawaran hotel, perjalanan, barangan bebas cukai dan aktiviti menarik, destinasi yang disyorkan dan pautan BigPay, aplikasi kewangan AirAsia.

Chatbot AVA

AVA, chatbot yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) kini boleh didapati melalui ciri sembang langsung baharu untuk membalas pertanyaan para tetamu dengan serta-merta. AVA boleh membalas dalam lapan bahasa – Bahasa Inggeris, Malaysia, Thai, Indonesia, Vietnam, Korea, Cina Ringkas dan Cina Tradisional. AVA dibina oleh pasukan Kejuruteraan Perisian dan Teknologi AirAsia (AASET) serta pasukan Kebahagiaan Pelanggan menggunakan teknologi dari Ada, sebuah syarikat berpangkalan di Toronto yang pakar dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).

Carian penerbangan baharu menggunakan lokasi

Pengguna iOS kini boleh memilih untuk menggunakan peta interaktif yang menunjukkan semua destinasi AirAsia dalam satu halaman. Ciri ini adalah antara yang pertama dalam aplikasi syarikat penerbangan.

Pilihan Gabungan Stesen

Juga antara ciri yang pertama dalam aplikasi syarikat penerbangan, pengguna iOS kini boleh memilih stesen pelepasan dan ketibaan yang terdekat serta memilih bilangan hentian dan tempoh penerbangan.

Pembantu suara

Selain itu, pengguna iOS kini boleh menyemak status penerbangan akan datang melalui Siri. Untuk menggunakan ciri ini, klik pada pautan “Add to Siri” di bawah Jadual Penerbangan atau Tempahan Saya.

Pendaftaran FACES

Para tetamu kini boleh mendaftar untuk perkhidmatan Fast Airport Clearance Experience System (FACES) di aplikasi mudah alih mereka untuk melepasi sekuriti dan menaiki penerbangan mereka dengan lancar. Hanya klik pada pautan “Akaun Saya” dan “My FACES” untuk mendaftar dengan video wajah anda selama 5 saat.

Ciri-ciri lain

Di samping itu, para tetamu juga boleh mencari tambang terendah menggunakan Kalendar Tambang Rendah, mengumpul Mata Ganjaran BIG dan membuat pembayaran menggunakannya selain menikmati diskaun segera untuk ahli apabila mereka mendaftar masuk.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporat) Aireen Omar berkata,

“Kami amat teruja untuk meraikan tahun baharu ini dengan laman web dan aplikasi baharu yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) serta menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik, pantas, intuitif. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman para tetamu kami, dan kami akan menambah ciri pada aplikasi mudah alih pada masa yang akan datang supaya ia bukan sahaja menjadi platform tempahan penerbangan, tetapi teman perjalanan anda. Kami menggalakkan pengguna baharu untuk memuat turun aplikasi percuma ini dari App Store atau Google Play untuk mula menggunakan ciri-ciri ini.”

Para pengguna aplikasi mudah alih AirAsia juga boleh menikmati diskaun sebanyak 19 peratus untuk tempahan melalui aplikasi tersebut bermula 28 Januari hingga 3 Februari 2019 untuk tempoh perjalanan antara 1 Ogos dan 30 November 2019* dengan menggunakan kod promosi MOBILE19.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

https://lomp.at/x95wh
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Janna Nick Persoal Sikap ‘Hipokrit’ Netizen?

by Naddy Joe
January 16, 2026

Sebelum ini ramai selebriti mendapat kecaman netizen selepas didakwa mempromosikan produk yang menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. Terkini, pelakon...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa...

Read moreDetails
Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
Berita

Andika Putera Kesal Sikap Netizen Kritik Pakaian Alisha, Fazura Beri Respon!-“Yang Buruk Ialah Sifat Sombong…”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pempengaruh media sosial, Andika Putera meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan anak perempuannya, Alisha Puteri yang...

Read moreDetails
Foto - @lufyalaana (IG)
Lokal

“Jangan Pukul Rata Kesalahan Jenayah Orang Lain Terhadap Kami”- Lufya Omar

by Nurul A.
January 29, 2026

Hantaran Instagram Lufya Omar mencuri perhatian apabila pelakon itu meluahkan rasa kecewanya selepas menerima pelbagai komen yang mendakwa kumpulan usrahnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore