Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

Bandar “Patuh Syariah”? Ini 5 Fakta Paling Mengejutkan Pasal Perth, Australia

Jom MURAI cerita fakta pelik tapi menarik tentang Perth

by Phic ARMAN
August 29, 2025
Share on Facebook

Kalau sebut Australia, ramai terbayang Sydney Opera House, kangaroo, atau pantai penuh surfer. Tapi Perth lain. Bandar ni ada vibe unik yang ramai tak sangka. Kalau tak pernah jejak sana, memang susah nak percaya. Jom MURAI cerita fakta pelik tapi menarik tentang Perth.

Bandar Macam “Patuh Syariah”

Ramai yang pertama kali sampai Perth terkejut bila tengok suasana malam Isnin dan mungkin pada hari lain juga. Sebelum Maghrib je, banyak kafe dan restoran dah tutup.

Suasana jadi sunyi sepi, macam bandar yang ikut konsep “patuh syariah, bukan sebab undang-undang agama, tapi budaya orang sana yang lebih utamakan masa bersama keluarga. Orang Perth memang bukan jenis sibuk cari nightlife setiap malam, mereka lebih suka dinner ringkas, lepak kejap, kemudian terus balik rumah.

Jumaat Sahaja Special, Kedai Tutup Lewat

Tapi jangan risau, bukan setiap hari sunyi. Hari Jumaat kira hari paling “hidup” di Perth. Inilah satu-satunya hari rasmi untuk late-night shopping. Mengikut peraturan kerajaan, kebanyakan kedai dan pusat beli-belah boleh buka sampai pukul 9 malam.

Idea asalnya, bagi peluang orang kerja singgah shopping lepas office hour. Tapi jangan gembira sangat, tak semua kedai ikut. Banyak kedai kecil tetap tutup awal. Jadi walaupun nama dia late-night shopping, jangan expect vibe macam Bukit Bintang.

Bandar Simple, Tak Rushing

Dengan populasi sekitar dua juta orang, Perth bukan metropolis besar. Bezanya, vibe dia lebih tenang. Tak ada orang berebut naik tren atau senggol-senggol bahu waktu pagi. Jalan lapang, masa pun rasa bergerak slow. Hidup di Perth macam tengah binge-watch drama slow burn, steady je dari awal sampai habis.

Semua Penerbangan Dapat Diskaun 20% Di AirAsia Sehingga 16 Mac

Quokka: Haiwan Paling Happy Di Dunia

Perth satu-satunya tempat di dunia korang boleh jumpa quokka, haiwan kecil comel yang tinggal di Rottnest Island. Quokka ini terkenal sebab selalu nampak macam senyum, tu yang orang gelar dia “the happiest animal in the world”.

Fun fact, masa penjelajah Belanda datang tahun 1696, dia ingat quokka ini tikus gergasi. Itu yang pulau Itu dapat nama “Rat Nest”. Mujur sekarang orang datang nak selfie dengan quokka, bukan nak letak perangkap tikus.

Rekod Sejuk Paling Gila Dalam 50 Tahun

Ini bahagian paling bertuah yang MURAI rasa wajib share. Trip kali ini dengan AirAsia dan Western Australia Tourism jatuh pada waktu Perth catat suhu paling sejuk dalam lebih 50 tahun, 11.4 darjah Celsius. Memang rare, macam dapat “bonus level” dalam game travel. Orang Perth sendiri terkejut dengan cuaca ni, tapi kami rasa seronok sebab dapat alami suasana luar biasa yang tak semua pelancong berpeluang rasa.

AirAsia mula terbang nonstop ke Perth sejak Mac 2024, kini tambah jadual jadi dua kali sehari menggunakan A321neo. Hampir tiga ribu tempat duduk lebih setiap minggu! Lebih ramai orang Malaysia boleh terbang terus ke Perth dengan mudah dan murah.

Perth bukan bandar biasa. Dia ada gaya hidup unik, lebih tenang, lebih mesra komuniti, ada quokka yang suka senyum, dan ada hari “patuh syariah vibe” bila malam awal sunyi. Tapi hari Jumaat, tiba-tiba semua jadi hidup sikit sebab late-night shopping. Kalau nak rasa bandar moden tapi tetap ada aura kampung yang damai, Perth memang destinasi terbaik.

airasiaperth
https://lomp.at/l82ru
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bulan November 2025 lalu, Istanbul menyambut rombongan media Malaysia dengan tangan terbuka… dan sedikit kabus misteri. Kami tiba dengan penerbangan...

Read moreDetails
Lake Çıldır, Kars
Jalan-Jalan

Kars, Ağrı & Van: Lokasi Türkiye Yang Tak Ramai Singgah Padahal Cantik Gila!

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Percutian musim sejuk kini makin jadi pilihan ramai. Menurut Indeks Perjalanan Musim Sejuk Tripadvisor, 60% pelancong memang dah siap merancang...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Vietjet Perkenal Diskaun Istimewa! Masa Terbaik Rakyat Malaysia ‘Lock’ Percutian 2026

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Cuti panjang dan musim perayaan 2026 makin dekat,  memang waktu paling ideal untuk rakyat Malaysia mula ‘lock’ percutian. Lagi best,...

Read moreDetails
Berita

AirAsiaX Selesai Pengambilalihan & Ini 3 Fakta Yang Perlu Anda Faham

by Phic ARMAN
January 19, 2026

AirAsiaX baru sahaja menyelesaikan pengambilalihan AirAsia Berhad (AAB) dan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) daripada Capital A. Langkah ini bukan...

Read moreDetails
Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore