• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

Rupanya Di Sini ‘Port’ Orang ‘Shopping’ Kalau Datang Perth, Australia!

Dalam FAM Trip Perth bersama AirAsia dan Tourism Western Australia, kami diberi peluang untuk ‘teroka’ habis-habisan kawasan ini.

by Phic ARMAN
August 28, 2025
Share on Facebook

Kalau sebut pasal shopping di Perth, nama Forrest Chase memang wajib masuk dalam senarai. Bagi warga Perth, inilah port lepak dan beli-belah yang ikonik, sama macam vibe Bukit Bintang kalau di Kuala Lumpur. Lagi best, lokasi dia memang strategik, betul-betul di tengah bandar dan tak jauh dari hotel kami, ibis Perth yang jadi penaja serta rakan kerjasama untuk trip kali ini. Senang cerita, keluar hotel jalan sikit je dah sampai.

Dalam FAM Trip Perth bersama AirAsia dan Tourism Western Australia, kami diberi peluang untuk ‘teroka’ habis-habisan kawasan ini. Jangan tak tahu, Forrest Chase ini dah lebih 30 tahun jadi nadi shopping di Perth. Dua tingkat je, tapi padat dengan macam-macam pilihan.

Antara first stop kami, Mecca. Bagi yang minat kecantikan, memang rambang mata sebab Mecca penuh dengan produk makeup dan skincare high-end. Lepas tu, kami dibawa ke Strike Bowling,  yes, shopping mall ini siap ada bowling dan karaoke sekali tau! Memang ngam untuk sesi gelak tawa dengan geng trip.

Tak cukup dengan itu, sempat juga singgah kedai cenderamata, Austalia The Gift. Standard lah kan, kalau travel mesti nak beli ole-ole. Dari magnet fridge sampai patung kangaroo, semua ada.

Bab makan? Jangan risau. Forrest Chase memang syurga foodies. Ada sushi, bubble tea, dessert dan highlight trip kali ni, kami tutup hari dengan aiskrim dan frozen yoghurt. Satu spot yang memang ‘winner’ dekat sini ialah Yo-Chi. Jujur, Yo-Chi ni 5/5! . Konsep dia kreatif, kedai pun cantik, staff semua mesra, dan pilihan frozen yoghurt serta topping dia memang padu habis. Tak pelik kalau orang sanggup datang ulang kali semata-mata nak rasa balik!

Sidang Kemuncak ASEAN: KLIA T2 Dalam Mod Sibuk! Ini Info Penting Buat Penumpang AirAsia!

Antara benda yang paling menarik perhatian kami di sini ialah bagaimana Perth masih mengekalkan bangunan lama sebagai sebahagian daripada pusat beli-belah. Contohnya, butik besar seperti H&M dan Apple ditempatkan di dalam bangunan bersejarah. Jadi walaupun vibe dia moden, sentuhan klasik tu tetap terjaga, rasa lain macam bila shopping dalam bangunan heritage!

Apa yang best tentang Forrest Chase ini, bukan sekadar tempat shopping, tapi tempat untuk ‘window shopping’, catch up dengan kawan-kawan, atau sekadar chill. Dari Myer, Australia the Gift, Yo-Chi sampai Chaffic, memang ada sesuatu untuk semua.

Dengan lokasi depan Murray Street Mall dan dekat dengan Perth Train Station, ia memang pintu utama untuk terokai Perth City. Senang kata, kalau datang Perth tapi tak singgah Forrest Chase, rugi beb!

Dan pastinya, ucapan terima kasih istimewa buat Miss Bronte dari Forrest Chase yang jadi host dan tour guide kami sepanjang hari. Terbaik layanan dia, siap bawa kami explore setiap sudut, sampai rasa macam local Perth sendiri.

Kalau kalian teringin nak rasai sendiri pengalaman shopping dan jalan-jalan di Perth, jangan risau pasal perjalanan. AirAsia ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Perth dua kali sehari, dan masa penerbangan pun tak lama, lebih kurang 5 jam 40 minit je. Senang cerita, pagi naik flight, petang dah boleh shopping di Forrest Chase!

airasiaAustaraliaForrest ChaseIbis Hotelperth
https://lomp.at/rfu3b
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore