Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Ini Cara Nak Dapatkan ‘Full Refund’ & Tukar Tarikh Penerbangan Tanpa Had Dari AirAsia

by Phic ARMAN
March 25, 2020
Share on Facebook

Syarikat penerbangan AirAsia menawarkan fleksibiliti tambahan pilihan pampasan bagi semua pelanggan yang telah menempah tiket pada hari Ahad (22/3/2020) atau lebih awal, dengan berlepas pada Isnin (23/3/2020) sehingga 30 April 2020.

Ini dilakukan susulan terhadap wabak virus corona yang berlaku di pelbagai negara yang membuatkan ramai yang terpaksa membatalkan penerbangan.

Tawaran ini tidak terpakai kepada penerbangan domestik di Thailand yang diselenggarakan oleh Thai AirAsia (kod FD) dan penerbangan domestik India oleh AirAsia India (kod I5).

Merujuk kepada kenyataan rasmi mereka menerusi NewsAirAsia.com, pelanggan yang memenuhi keperluan ini boleh memilih pampasan yang lebih fleksibel melalui AirAsia Virtual Allstar (AVA) yang terdapat di support.airasia.com atau airasia.com seperti berikut:

Pertukaran tarikh penerbangan tanpa had:

Tukar tarikh penerbangan anda kepada tarikh baharu untuk laluan yang sama pada atau sebelum 31 Oktober 2020. Pertukaran boleh dilakukan sehingga 48 jam sebelum waktu perlepasan penerbangan asal tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk; ATAU

Akaun Kredit:

Kekalkan nilai tambang tempahan anda ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa 365 hari kalendar bermula dari tarikh yang dikreditkan untuk perjalanan masa akan datang. Tarikh perjalanan boleh dibuat pada bila-bila masa selagi mengikut penerbangan yang telah dikeluarkan.

Untuk makluman, pilihan ini tidak tersedia untuk penerbangan dengan tarikh berlepas pada 1 Mei, 2020 atau selepas. Tetamu yang terjejas akan dimaklumkan dengan segera melalui alamat emel yang berdaftar dan SMS. Anda boleh rujuk emel tersebut untuk maklumat lanjut.

Para penumpang juga dapat memastikan status penerbangannya melalui airasia.com/flightstatus untuk mendapatkan informasi terkini.

AirAsia RefundCara Refund AirasiaRefund
https://lomp.at/sm0l0
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Vietjet Perkenal Diskaun Istimewa! Masa Terbaik Rakyat Malaysia ‘Lock’ Percutian 2026

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Cuti panjang dan musim perayaan 2026 makin dekat,  memang waktu paling ideal untuk rakyat Malaysia mula ‘lock’ percutian. Lagi best,...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Peluang Emas Naik Disney Cruise Bersama Shah Rukh Khan

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda peminat Disney, ini berita panas dari laut! Disney Cruise Line baru saja umumkan satu pengalaman baharu yang super...

Read moreDetails
Hotel

Marriott Bonvoy Dipilih Sebagai Rakan Hotel Rasmi FIFA World Cup 2026

by Phic ARMAN
January 17, 2026

Marriott Bonvoy, rangkaian yang menaungi lebih 30 jenama hotel terkemuka dunia, kini mengesahkan kerjasama rasmi bersama FIFA World Cup 2026...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara