Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

AirAsia Terpaksa Menutup Tempahan & Daftar Masuk Pada 19 Januari

by Arsiqin Yusof
January 14, 2019
Share on Facebook

AirAsia akan menaik taraf sistem tempahannya yang menggunakan sistem Navitaire New Skies pada hujung minggu ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyediakan pengalaman tempahan dalam talian yang yang lebih baik kepada para tetamu.

Tempahan penerbangan tidak akan tersedia semasa tempoh naik taraf ini bermula jam 2.00 petang pada hari Sabtu, 19 Januari 2019 (GMT +8) hingga 3.00 pagi pada hari Ahad, 20 Januari 2019 melalui laman airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia, pusat jualan, kaunter dan pusat panggilan AirAsia.

Para tetamu juga tidak akan dapat mendaftar masuk melalui laman web, aplikasi mudah alih dan kiosk di lapangan terbang atau mengurus tempahan mereka sehingga proses naik taraf ini selesai.

Semua tetamu yang bakal membuat perjalanan dalam tempoh ini dinasihatkan untuk mendaftar masuk secara dalam talian sebelum tempoh naik taraf ini dan mencetak pas masuk penerbangan, atau mengunakan pas masuk elektronik di mana perkhidmatan tersebut tersedia. Daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih boleh didapati 14 hari sebelum tarikh penerbangan untuk semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

Para tetamu juga disarankan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu penerbangan yang dijadualkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

[VIDEO] AirAsia Mahu Buka Laluan Baru Ke Riyadh & Dammam? Ini Kata Tony Fernandes
airasia
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  3. 3

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem