Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

Kenapa Laluan Baharu AirAsiaX KL Ke Istanbul Ini Jadi ‘Game Changer’ Untuk Jemaah Umrah?

by Phic ARMAN
August 12, 2025
Share on Facebook

Kalian… MURAI ada berita panas yang confirm buat hati kaki travel dan bakal jemaah Umrah berbunga-bunga. AirAsia X baru sahaja umumkan laluan terbaru Kuala Lumpur ke Istanbul, Turkiye yang akan mula terbang 14 Ogos ini. Lagi best, ada 4 penerbangan seminggu untuk laluan ini,  memang banyak pilihan tarikh untuk kalian rancang perjalanan.

Yang lagi syok, tempahan sudah boleh buat hari ini (12 Ogos) dengan harga promo serendah RM499 sehala. Murah kan?

Tapi tunggu, cerita dia bukan setakat mahu melancong ke Turkiye sahaja. CEO AirAsia X, Benyamin Ismail, sendiri kata laluan ni memang berbaloi untuk jemaah Umrah. Sebab apa? Sebab AirAsia X berganding bahu dengan ikhlas.com (anak syarikat gaya hidup Islamik bawah Capital A) untuk lancarkan pakej Umrah Plus Istanbul.

Bayangkan, kalian boleh tunaikan Umrah di Tanah Suci… lepas itu singgah jalan-jalan di Istanbul. Nak tengok Hagia Sophia, nak solat di Blue Mosque, nak jalan-jalan di Grand Bazaar, semua boleh! Dan yang best, kos perjalanan pun jimat sebab dua destinasi dalam satu trip.

Benyamin kata lagi, dari Istanbul kalian boleh sambung perjalanan ke destinasi lain di Asia macam Indonesia, Australia, Singapura, China, Thailand dan banyak lagi guna perkhidmatan Fly-Thru.

Fly-Thru ini apa benda?

Senang cerita, Fly-Thru ini servis yang buat kalian tak payah ambil beg dan check-in semula masa transit. Contoh, kalau dari Istanbul → KL → Bali, kalian check-in sekali je kat Istanbul. Sampai KLIA2, terus tunggu boarding untuk next flight. Tak perlu heret beg, tak perlu beratur panjang. Memang smooth gila.

Topik Berkaitan Ini 3 Fakta Penting AirAsia X Tawan Dunia, Bahrain Jadi Pintu Ke Global

Paling best, laluan ini juga memudahkan pelancong dari Eropah nak terokai Asia Tenggara melalui rangkaian luas AirAsia. So win-win lah ,untuk jemaah Umrah, kaki travel, dan pelancong luar.

Pendek kata, kalau kalian tengah plan nak buat Umrah tahun ni, tambahlah Istanbul dalam itinerary. Dapat pahala, dapat pengalaman, dapat gambar Insta-worthy sekali. Memang padu! Temapah boleh di buat melalui airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
airasiaairasiaXBenyamin IsmailistanbulTurkeye
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  4. 4

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara