Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Travel Sempena Merdeka? Ini Tip AirAsia Supaya Tak Kelam-Kabut Di Airport

by Phic ARMAN
August 24, 2026
Share on Facebook

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, ramai yang mungkin sudah merancang untuk balik kampung atau bercuti bersama keluarga. Tapi kalau penerbangan anda jatuh pada minggu sambutan Merdeka, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

AirAsia mengingatkan semua penumpang supaya merancang perjalanan lebih awal berikutan penutupan sementara ruang udara dalam Kuala Lumpur Terminal Control Area bagi memberi laluan kepada latihan dan lintas hormat Hari Kebangsaan di Putrajaya.

Penutupan akan berlangsung pada 26 hingga 28 Ogos, dari 11 pagi hingga 12 tengah hari, serta 29 dan 31 Ogos, dari 8.45 pagi hingga 9.45 pagi.

Jangan Datang Airport Last Minute!

Merdeka

Disebabkan cuti hujung minggu panjang, jangan terkejut kalau kaunter daftar masuk, pemeriksaan keselamatan dan imigresen lebih sesak daripada biasa.

AirAsia menyarankan penumpang tiba sekurang-kurangnya dua jam sebelum penerbangan domestik dan tiga jam bagi penerbangan antarabangsa.

Untuk penerbangan domestik, kaunter daftar masuk ditutup satu jam sebelum berlepas di KLIA Terminal 2, manakala di lapangan terbang lain ia ditutup 45 minit sebelum waktu penerbangan.

Manfaatkan AirAsia MOVE

Kalau nak perjalanan lebih smooth, aplikasi AirAsia MOVE memang patut ada dalam telefon.

Penumpang boleh semak status penerbangan, mendapatkan e-Boarding Pass, menambah bagasi dan bagi penerbangan antarabangsa, menggunakan ciri Auto Visa Check untuk pengesahan visa secara dalam talian.

Topik Berkaitan Rai Hari Merdeka Bersama Netflix, Tonton 1 Cerita Pada 1 Masa!

Bagi yang mahu elak beratur panjang, gunakan kiosk untuk mencetak tag bagasi dan terus ke kaunter self-bag drop selepas check-in.

Merdeka

Jangan Lupa MyNIISe

Satu lagi tip yang mungkin ramai terlepas pandang, MyNIISe.

Pemegang pasport Malaysia boleh menggunakan laluan imigresen QR dan pengecaman wajah yang disediakan di KLIA Terminal 2, sekali gus membantu mempercepatkan proses pelepasan imigresen.

Dan paling penting, semak juga saiz beg kabin. Setiap penumpang hanya dibenarkan membawa maksimum dua barangan kabin dengan jumlah berat tidak melebihi 7kg.

Jadi, kalau nak travel sempena Merdeka, jangan tunggu sampai saat akhir. Check-in awal, semak status penerbangan dan rancang perjalanan ke airport lebih awal. Lagi tenang, lagi seronok nak bercuti!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
3
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
airasiamerdeka
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Pasangan
Cinta

Kalau Cari Pasangan, Lebih Baik Cari Zodiak Ini- Confirm Romantik Habis!

by Nurul A.
August 9, 2026

Setiap orang ada cara masing-masing untuk melayan pasangan mereka. Ada yang layan dengan baik, penuh kasih sayang, acuh tak acuh...

Read moreDetails
LifeXplore

Subi Cari Chef Cilik, 42 Keluarga Meriahkan Pertandingan Masak Di MYDIN USJ

by Phic ARMAN
August 10, 2026

Kalau memasak bersama anak boleh jadi cara paling best untuk luangkan masa berkualiti, inilah yang cuba diketengahkan oleh Subi Malaysia...

Read moreDetails
ST Rosyam Mart Johor
LifeXplore

Beroperasi 24 Jam, ST Rosyam Mart Yang Pertama Bakal Dibuka Di Johor Bulan Ini!

by Nurul A.
September 7, 2026

Pasar raya borong dan runcit Halal 24 jam terkemuka di Malaysia, ST Rosyam Mart kini meluaskan operasinya ke selatan tanah...

Read moreDetails
LifeXplore

Bo Lingam Umum Codeshare Pertama AirAsia, Istanbul Jadi Jambatan Asia-Eropah

by Phic ARMAN
September 2, 2026

Kalau dulu nama AirAsia cukup sinonim dengan penerbangan murah dalam Asia, sekarang nampaknya syarikat penerbangan itu sedang memasang impian yang...

Read moreDetails
Takeshi Murai, IKEA Malaysia
LifeXplore

Takeshi Murai, Pengarah Runcit Negara Baharu IKEA Malaysia

by Nurul A.
September 1, 2026

Takeshi Murai dilantik sebagai Pengarah Runcit Negara baharu IKEA Malaysia berkuat kuasa pada hari ini, 1 September 2026. Antara pencapaian...

Read moreDetails
LifeXplore

Avani Kota Kinabalu Bakal Dibuka 2027, Bawa Vibe Lifestyle Baharu Ke Sabah

by Phic ARMAN
August 20, 2026

Kalau anda rasa Kota Kinabalu sudah cukup meriah dengan pilihan hotel dan tempat makan, nampaknya bakal ada satu lagi nama...

Read moreDetails
LifeXplore

Apa Kata Penganjur Selepas Pestapora Malaysia? Ini Harapan Buat Artis & Peminat

by Phic ARMAN
August 17, 2026

Apa yang berlaku selepas sesebuah festival berakhir? Bagi penganjur, mungkin ramai fikir semuanya selesai selepas lampu pentas dipadam dan peminat...

Read moreDetails
LifeXplore

Hari Malaysia 2026: Ini Cara SITI KHADIJAH Raikan Kepelbagaian Malaysia

by Phic ARMAN
September 16, 2026

Apa yang membuatkan kita rasa benar-benar dekat dengan Malaysia? Mungkin jawapannya ada pada makanan, bahasa, muzik, adat dan pakaian yang...

Read moreDetails
LifeXplore

Hatta Dolmat Cipta Sejarah! “Lukisan” Kini Berjalan Di Pentas, Raih Rekod MBOR

by Phic ARMAN
August 10, 2026

Kalau selama ini kita biasa tengok lukisan tergantung cantik di dinding, apa pula jadi kalau lukisan itu tiba-tiba berjalan di...

Read moreDetails
Cuckoo Malaysia, Cuckootopia
LifeXplore

Lee Junho Bakal Temui Peminat Di Cuckootopia, Khas Untuk Ulang Tahun Ke-12 Cuckoo Malaysia

by Nurul A.
August 31, 2026

Berakar umbi daripada 12 tahun memupuk kehidupan yang lebih sihat dan bahagia di seluruh negara, peneraju Pencipta Kediaman Sihat (Healthy...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara