Perkongsian pempengaruh dan usahawan terkenal, Aisar Khaled mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto di media sosial, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Aisar sekeluarga dilihat berbuka puasa bersama personaliti media sosial dan Youtuber terkenal Indonesia, iaitu Ria Ricis bersama anak perempuannya, Cut Raifa Aramoana di kediaman Aisar di Kuala Lumpur.
“Keluarga”-kapsyen ringkas Aisar di Instagram
“Slide 4 Seperti Suami Isteri Santai Minum Kopi Sambil Menunggu Anak Pulang…”

Perkongsian Aisar mencuri perhatian netizen Malaysia dan Indonesia yang melihat kemesraan mereka berdua, malah ada menyifatkan Aisar dan Ria kelihatan seperti pasangan suami isteri.
“Slide 4 vibes nya suami isteri yang sakinah mawaddah warahmah banget.”
“Sejuk mata memandang.”
“Its inspiring to see you open new doors Aisar. Happy banget liat kamu ketemu new friends dan terus berkembang. Hoe you’re always surrounded by people who truly appreciate you.”
“Dulunya dia ngefans berat sama Icis sekarang jadi sahabat dekat.”
“Slide 4 seperti suami isteri santai minum kopi sambil menunggu anak pulanng.”
“Ahh senangnya walaupun belum tahu jodoh atau tidak.”

Aisar Khaled sebelum ini pernah memberikan kenyataan mengenai hubungan rapatnya bersama Ria Ricis hanyalah atas dasar kerja semata-mata.
Malah Ria juga tidak pernah terfikir mahu menjadikan pempengaruh media sosial berasal dari Malaysia ini sebagai teman hidup.
Sekadar info, Ria Ricis pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Indonesia, Teuku Ryan pada 12 November 2021 sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada 3 Mei 2024.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Cut Raifa Aramoana yang kini berusia empat tahun.
Ternyata hubungan Aisar dan Ria hanyalah sekadar atas tuntutan kerja, kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka..
Apa komen anda?






