Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Digelar ‘Fighter’ Dalam Big Stage 2022, Aisha Retno Akui Rasa Berbelah Bagi

Aisha menjadikannya sebagai pembakar semangat kelak

by Khai Azfar
February 11, 2022
Share on Facebook

Meskipun Big Stage 2022 baru membuka tirainya, namun peminat sudah meramalkan peserta-peserta yang berkemungkinan akan mara ke peringkat akhir kelak.

Aisha Digelar ‘Fighter’

Antara nama yang menjadi sebutan adalah penyanyi dan komposer, Aisha Retno. Memperoleh markah tertinggi pada konsert minggu pertama, Aisha turut digelar peminat sebagai ‘fighter’ di dalam pertandingan ini dan akan menjadi saingan kepada peserta lain.

Mengulas dengan lebih lanjut, Aisha ketika ditemui Murai.my berkata dia mempunyai perasaan yang berbelah bahagi mengenainya kerana bakal menjadi tekanan untuk membuat persembahan dengan lebih baik. Bagaimanapun, Aisha menjadikannya sebagai pembakar semangat kelak.

“Sebenarnya dia 50/50 antara gembira dan risau sebab mesti ada tekanan jadi saya kena buat yang terbaik untuk setiap minggu.Biarlah itu menjadi pemangkin buat saya untuk jadi lebih terbaik” kata Aisha

Beberapa Orang Peserta Beri Saingan Hebat 

Ketika ditanya mengenai persaingan dikalangan peserta, pelantun W.H.U.T ini tidak menolak kesemua mereka mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Namun, dia tertumpu kepada persembahan beberapa orang peserta yang berjaya menarik perhatiannya.

“Masa sidang media saya mengelat dengan soalan ini saya cakap semua hebat. Tak dinafikan semuanya hebat dan tunjuk taring masing-masing. Secara jujurnya kalau dilihat pada persaingan marka saya lihat Daniel Chuer antaranya sebab saya dah bersaing dengannya sejak dari program realiti lain sebelum ini. Elica pun sangat hebat dan safea pun jangan main-main sebab penguasaan pentas dia mengagumkan” katanya lagi

Dalam minggu pertama, Aisha yang mendendangkan lagu asal Iman Troye berjudul Teman memperoleh markah tertinggi sebanyak 84.4% selepas mendapat pujian barisan juri tetap, Dato Sri Siti Nurhaliza dan Ajai serta juri juara, Aliff Aziz.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Aisha Retnobig stage 2022
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  2. 2

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  3. 3

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  4. 4

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara