Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Siti Nurhaliza & Ajai Sebak Aisha Retno Nyanyikan Lagu Arwah Siti Sarah

Dalam konsert minggu ketiga itu, Aisha berjaya memperoleh markah tertinggi sebanyak 82.0% 

by Khai Azfar
February 21, 2022
Share on Facebook

Persembahan peserta Big Stage 2022, Aisha Retno membawakan lagu Kesetiaan nyanyian asal Allahyarhamah Siti Sarah dengan baik telah membuatkan ramai penonton berasa sebak.

Siti & Ajai Sebak 

foto via Astro/Azrul Rafie

Malah kedua-dua juri tetap program realiti itu, Dato Sri Siti Nuhaliza dan Ajai juga gagal menahan sebak sehingga dilihat mengalirkan air mata. Menurut Siti, dia berasa terlalu sebak kerana teringatkan pada arwah Sarah.

foto via Astro/Azrul Rafie

“Saya teringat dekat arwah”

“Bila saya dengar automatik terus teringat dia, saya tak bolehlah…Arwah penyanyi yang sangat bagus, kerja keras, rendah diri. Bila kita dengar lagu itu, automatik dengar suara dia, saya tak boleh fikir suara orang lain. Tapi dalam penjurian kita kena fokus kepada mereka yang bertanding.

Saya lebih teringat sebab kedua-kedua kami mengandung dalam keadaan COVID-19, mungkin Allah lebih menyayanginya” kata Siti

Ajai Puji Aisha 

foto via Astro/Azrul Rafie

Bagi Ajai pula yang juga merupakan komposer bagi lagu tersebut mengambil kesempatan untuk mengetuai bacaan doa dan meminta orang ramai dapat sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

Jelas Ajai, tiada sesiapa pun mampu menandingi kehebatan arwah dalam membawakan lagu tersebut. Namun, Ajai memberi gambaran bahawa selaku pelapis dan penyanyi baru, Aisha berjaya menyanyikan lagu itu dengan baik.

“awak mempunyai gaya yang tersendiri, cara awak susun semula dan memang berbeza dari nyanyian asal.

“Tak tahu macam mana saya nak cakap sebab kalau ikutkan memang arwah tiada gantinya cuma kepada generasi kini kenapa tidak? Kita perlu bergerak ke hadapan, awak nyanyi sedap itu je yang saya boleh cakap” komen Ajai kepada Aisha

Dalam sesi sidang media pula, Ajai berasa terharu apabila lagu tersebut telah diberi nafas baharu apatah lagi dibawakan oleh penyanyi generasi kini.

“Pemergian dia bukan nya lama sangat pun masa itu masih baru. Lagu itu banyak memberi kenangan pelbagai perkara sesiapa sahaja yang menyanyikan lagu itu.  Macam yang saya cakap tiada siapa mampu menandingi Arwah tetapi saya sangat suka bila ada generasi kini terutamanya memberikan nafas baharu dalam lagu tersebut.

“Bila awak nak susun semula lagu itu, awak kena susun ikut kemampuan awak yang sedap. Jadi ada beberapa bahagian tadi yang Aisha buat sedap dan saya boleh cakap sebaris dengan arwah punya penyampaian tetapi sebak itu saya memang tak boleh kawal. Kami rapat sebagai rakan cuma ini adalah rezeki arwah bila Malaysia, Indonesia, Brunei dapat doakannya” katanya lagi

Dalam konsert minggu ketiga itu, Aisha berjaya memperoleh markah tertinggi sebanyak 82.0%
manakala penyanyi Liaa Aziz diumumkan sebagai peserta kedua tersingkir dari Big Stage selepas mendapat markah undian atas talian terendah di belakang Sofiaa Marieylla dan Megat Rahim.

Aisha Retno Pengsan Di Belakang Pentas Akibat Serangan Panik, Enggan Dikejarkan Ke Hospital
Aisha Retnoajaibig stage 2022Dato Sri Siti Nurhaliza
https://lomp.at/aw9nh
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @drmaza_official (IG) / @rahmat.ikhsan.official (IG)
Lokal

Teguran ‘Pedas’ Dr Maza Kepada PU Rahmat- “Berhati-Hati Memilih Perkataan”

by Nurul A.
April 8, 2026

Nampaknya kenyataan pendakwah bebas, PU Rahmat mendapat perhatian orang ramai selepas mempertahankan keputusan Nadzmi Adhwa yang membenarkan isteri, Ardell Aryana...

Read moreDetails
Berita

Ayda Jebat Akui Perubahan Positif Anak Selepas ‘No Screentime’-“Sekarang Nampak Beza..”

by Naddy Joe
April 15, 2026

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengakui anak keduanya, Aali Mateen semakin berubah ke arah positif sejak dia dan suaminya, Nabil...

Read moreDetails
Lokal

“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

by Naddy Joe
February 19, 2026

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis. Mia Sara...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Perjelas Isu Luahan Maria Danisha, Lain Pula Reaksi Netizen?

by Naddy Joe
April 3, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberikan penjelasan berhubung isu luahan anak bongsunya, Maria Danisha yang seolah-olah memberikan bayangan dirinya kurang diberi...

Read moreDetails
Lokal

Ayda Jebat Lalui Prosedur Jahitan Semula Untuk Terbang Ke Singapura, Rakan Selebriti & Peminat Bimbang!

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pengacara, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang merupakan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang bakal menjalani prosedur jahitan semula mengalami...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  2. 2

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara