Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Bahu Terasa Berat, Saya Sempat Baca Ayat Kursi” – Aisha Retno Alami Kejadian Aneh

Aisha bersyukur persembahannya berjalan lancar dan 'berat' tersebut juga hilang tidak lama kemudian.

by Khai Azfar
March 1, 2022
Share on Facebook

Peserta Big Stage 2022, Aisha Retno berkongsi kejadian aneh sebelum memulakan persembahan minggu keempat program realiti itu pada Ahad lalu.

Bahu Terasa Berat 

via Astro/Azrul Rafie

Menurut Aisha yang menyanyikan lagu berjudul Lathi, bahunya secara tiba-tiba terasa berat namun dia sempat membaca ayat suci Al-Quran. Bagaimanapun, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Syed Sipuljam, 22 bersyukur persembahannya berjalan lancar dan ‘berat’ tersebut juga hilang tidak lama kemudian.

“Saya tak tahu bagaimana nak gambarkan. Masa awal-awal dekat props itu bahu terasa berat sedikit dan saya sempat baca Ayat Kursi. Saya fikir positif berat itu mungkin sebab penat dan lama kelamaan bila saya ke depan pentas benda itu dah hilang. Tetapi betul memang bahu saya terasa masa itu” kata Aisha kepada Murai.my

Tidak Mempunyai Unsur Mistik 

Berkongsi dengan lebih lanjut mengenai lagu nyanyian asal Weird Genius bersama Sara Fajira yang merupakan penyanyi dari Indonesia, jelas Aisha maksud lagu tersebut tidak mempunyai sebarang unsur mistik. Malah, ia berunsurkan nasihat di dalam bahasa Jawa. Katanya lagi, persembahan yang ditampilkan juga tidak mempunyai unsur berkenaan dan hanya bermain dengan ekspresi muka untuk memberikan secara total.

“Saya dan orang Jawa tahu mengenai lagu ini ia bukan bahasa mistik. Sebenarnya lagu ini berunsurkan nasihat dalam bahasa Jawa. Persembahan saya pun tiada unsur mistik hanya bermain dengan ekspresi muka dan ingin menjiwai lagu tersebut” katanya

Dalam perkembangan lain, Aisha akui berasa bimbang dengan jumlah peningkatan kes COVID-19 apatah lagi rakan-rakan seperjuanganny juga antara yang dijangkiti wabak berkenaan. Justeru itu, pelantun W.H.A.T ini mengambil langkah berjaga-jaga dan mengharapkan segalanya dipermudahkan.

“covid itu sekarang ini bagaikan musuh terkuat kami tapi nak buat macam mana kalau Allah kata kun faya kun dan terkena pada kita, jangan salahkan diri sendiri kerana itu mungkin ujian daripada-Nya.

“Sekarang cukuplah kita ambil langkah berjaga-jaga, pakai topeng pelitup muka, jaga SOP dan sebagainya. Insyallah pada masa akan datang sekiranya ada lagi yang terkena, saya harap pihak produksi memberi pertimbangan dan ada jalan penyelesaiannya”katanya lagi menutup bicara

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Aisha Retno
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara