Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Aisha Retno Pengsan Di Belakang Pentas Akibat Serangan Panik, Enggan Dikejarkan Ke Hospital

by Puteri Alia
October 13, 2025
Share on Facebook

Penyanyi bersuara lunak, Aisha Retno mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya tiba-tiba pengsan akibat serangan panik di belakang pentas sewaktu pentas akhir program Talk To My Manager (TTMM) berlangsung semalam. Walaupun kejadian itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat dan rakan artis, Aisha memaklumkan bahawa keadaannya kini stabil dan sedang berehat bagi memulihkan tenaga.

Menurut Aisha, atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, insiden itu berlaku secara mengejut ketika dia berada di belakang pentas dengan semangat membara untuk membuat persembahan. “Ada di situ dengan penuh semangat meskipun ‘tumbang’ seketika (pengsan). Kepada yang bertanya, saya tidak berada di hospital sebab saya enggan ke sana,” katanya menerusi hantaran di InstaStory.

Penyanyi lagu Sutera itu menjelaskan bahawa pengsan dan serangan panik yang dialaminya hanya berlangsung selama beberapa jam, dan kini dia sudah sedar meskipun belum pulih sepenuhnya. “Alhamdulillah, pengsan mengejut dan sedikit serangan panik tadi (semalam) hanya berlangsung selama beberapa jam sahaja. Sekarang saya sudah sedar walaupun belum pulih sepenuhnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aisha turut memohon maaf kerana belum sempat membalas mesej daripada mereka yang prihatin terhadap keadaannya. “Saya sedang berehat sekarang, maaf kerana belum dapat membalas mesej tapi insya-Allah saya akan jawab apabila sudah kuat sikit untuk bangun dan berjalan. Doakan kesihatan saya ya, dan saya juga mendoakan agar semua yang menonton berada dalam keadaan sihat sentiasa. Kesihatan memang keutamaan,” katanya dengan penuh rendah hati.

Walaupun berdepan detik cemas, Aisha tidak lupa mengucapkan tahniah kepada anak penyanyi terkenal Liza Hanim, Marsya, yang dinobatkan sebagai juara Talk To My Manager. “Alhamdulillah, tahniah atas kemenangan sayangku Marsya. Satu penghormatan dapat berkongsi malam kemenangan bersama awak. Seronok sangat dapat buat susunan muzik dan menyanyi bersama. Memang dia bintang sedang bersinar, sangat mudah dan rendah diri untuk bekerjasama. Terima kasih juga kepada Liza Hanim kerana menjemput saya,” katanya lagi.

"Saya Simpan Duit Untuk Buat Lagu Raya..."-Aisha Retno

Aisha tampil sebagai penyanyi jemputan dalam pentas akhir program tersebut, berduet dengan Marsya menerusi lagu Lay Me Down nyanyian asal Sam Smith. Persembahan mereka mendapat pujian ramai kerana kelunakan vokal dan keserasian yang luar biasa di atas pentas.

Pentas Grand Finale TTMM turut menyaksikan pasangan Shuib dan Thalita diumumkan sebagai naib juara, diikuti Sharifah Shahirah dan Auddra di tempat ketiga. Manakala pasangan Ameng dan Ammar serta Ina Naim dan Hadie masing-masing di tempat keempat dan kelima, sementara Siti Saerah dan Amad berpuas hati di kedudukan keenam.

Meskipun kejadian pengsan itu mencetuskan kebimbangan, semangat Aisha yang tetap tenang dan berlapang dada menunjukkan sisi kekuatannya sebagai anak seni yang bukan hanya berbakat besar, tetapi juga berjiwa kental menghadapi tekanan dunia hiburan.

Aisha Retno
https://lomp.at/iolzf
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Janna Nick Persoal Sikap ‘Hipokrit’ Netizen?

by Naddy Joe
January 16, 2026

Sebelum ini ramai selebriti mendapat kecaman netizen selepas didakwa mempromosikan produk yang menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. Terkini, pelakon...

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
Foto - @aryanformen (TikTok) / @bront_palarae (IG)
Lokal

[VIDEO] Gemuruh ‘Catwalk’ Sampai Lupa Buang ‘Chewing Gum’, Bront Palarae Mohon Maaf

by Nurul A.
January 30, 2026

Pelakon kacak, Bront Palarae tampil memohon maaf selepas dilihat mengunyah chewing gum ketika berjalan di pentas peragaan Warna Lebaran Ariani...

Read moreDetails
Foto - @iamellymazlein (IG)
Lokal

“Saya Terharu & Rasa Dihargai”- Gaya Tudung Dipuji, Elly Mazlein Tekad Jadi Muslimah Terbaik

by Nurul A.
January 23, 2026

Pelakon, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein meluahkan rasa tersentuh dan terharu apabila mendedahkan dia telah menerima pujian daripada pendakwah Ustazah...

Read moreDetails
Lokal

Jep Sepahtu Tinggalkan Sinar FM, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu membuat pengumuman mengejutkan peminat bahawa dia mengundurkan diri sebagai penyampai radio di Sinar FM....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore