Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sekolah TokTi Di Gaza, Tempat Berlindung Rakyat Palestin Masih Terselamat Dari Bom

by Puteri Alia
October 31, 2023
Share on Facebook

Setiap yang berlaku di dunia ini adalah dengan keizinan Allah SWT dan pastinya ada hikmah yang diperoleh daripada ujian ini.

Mungkin ada juga dalam kalangan kita yang rasa kecewa dengan takdir atau ketentuan yang sedang dihadapi pada hari ini. Ketahuilah Allah sedang menguji kita dan pastinya perancangan Allah SWT adalah sempurna serta terbaik.

Mutakhir ini, rakyat Palestin meraih tumpuan dunia akibat penindasan oleh rejim kuffar Israel. Kebangkitan mujahidin telah dibalas dengan pembunuhan masyarakat awam. Israel menyembunyikan kekalahan mereka dengan membunuh warga awam Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak

Bahkan, pembunuhan secara beramai-ramai oleh regim Israel bukanlah ujian penduduk Palestin semata-mata. Kita selaku umat Islam perlu bersama-sama mengambil bahagian jihad ekonomi dalam kempen ini bagi memastikan tanah Palestin dapat dibebaskan.

Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa syukur apabila sekolah Afwa Al Aafiyah di Gaza yang menjadi tempat sebilangan rakyat Palestin berlindung terselamat dalam bedilan bom, baru-baru ini.

Katanya, setiap hari dia berdoa pusat bimbingan kanak-kanak atau tadika yang dibina bawah Yayasan Nurjiwa itu terhindar daripada kemusnahan dilakukan rejim Zioniss apatah lagi selepas pihaknya terputus hubungan dengan kakitangan sekolah berikutan bedilan bom di kawasan tersebut sejak seminggu lalu.

“Alhamdulillah sekolah saya masih selamat lagi. Sekarang ini sekolah itu menjadi penempatan untuk mereka yang tiada tempat tinggal di kawasan berhampiran.

“Saya berdoa dalam setiap solat saya semoga sekolah saya, anak-anak saya tidak dibom dan berdoa peperangan ini cepat dihentikan sebab kita semua merasai apa rakyat Palestin rasa,” katanya.

Dalam perkongsian Instagram, penyanyi Purnama Merindu itu turut meluahkan rasa lega apabila sahabatnya, Dr. Mohanad yang membantu menyalurkan barangan keperluan kepada penduduk setempat menerusi tadika itu juga telah menghubunginya selepas beberapa hari terputus hubungan.

[VIDEO] Gelagat Anak Siti Nurhaliza, Afwa Doa Ibu Dapat Kereta Baru Raih Perhatian Ramai!

Siti atau lebih mesra disapa TokTi yang berkongsi perbualannya dengan aktivitis dan sukarelawan itu turut meminta orang ramai terus mendoakan keselamatan seluruh masyarakat Palestin.

Sebelum ini, Siti yang lantang menyokong Palestin menzahirkan kebimbangan apabila Kem Al-Shati di bahagian barat Gaza dibedil bom dalam serangan terbaru Israel yang juga berhampiran sekolah Afwa Al Aafiyah.

“Di sekitar sinilah tempat Afwa Al Aafiyah dan pasukan saya tinggal, Allah selamatkanlah mereka.

“Saya masih tak dapat maklumat tentang keadaan mereka dan Dr. Mohanad di sana.

“Kawasan mereka adalah tempat yang dibom bertalu-talu,” katanya dalam perkongsian Instagram Storynya, Jumaat lalu.

Penyanyi itu berharap tadika bersempena nama anak-anaknya itu tidak menjadi sasaran bom rejim Zionis, selain semua 50 murid yang juga anak angkatnya bersama petugas di situ terus dilindungi Tuhan.

“Semoga ada berita dan keajaiban. Insya-Allah,” katanya.

Minggu lalu tentera Israel meluaskan’ pencerobohan di Semenanjung Gaza ketika sistem komunikasi dan internet di wilayah Palestin terputus.

Pengumuman itu dibuat ketika tentera Israel memperhebatkan kempen pengeboman untuk memusnahkan infrastruktur yang digunakan pejuang Palestin termasuk Hamas

datuk siti nurhalizatokti
https://lomp.at/bgnxy
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - nur.nilam.ortiz (FB)
Lokal

Nur Nilam Ortiz Beri Bayangan Sudah Berpisah?- “Doa Yang Baik-Baik Untuk Kami”

by Nurul A.
March 3, 2026

Hantaran video pendek usahawan Nur Nilam Ortiz di platform TikTok mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila isteri kepada pelakon...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Foto - @dianaforeverremembered (IG)
Hollywood

Ada Mesej Tersembunyi Di Kasut Kahwin Puteri Diana? Ini Maksudnya

by Nurul A.
January 19, 2026

Kisah mendiang Puteri Diana sering menarik perhatian dunia, dan ianya bukan sahaja kerana personaliti mesranya tetapi juga mengenai perincian kecil...

Read moreDetails
Foto - @nubhan.ahamad (IG) / @drfietawfek (IG)
Lokal

“Apa Yang Saya Lakukan Itu Bukan Membabi Buta”- Nubhan

by Nurul A.
January 12, 2026

Sebelum ini, nama penyanyi Ahmad Nubhan Ahamad menjadi bualan ramai apabila timbul dakwaan bahawa dia telah mengeluarkan dan mencampak barangan...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore