Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

AJL 34: Hazama Nafi Tercalon Kerana ‘Anak Emas’ TV3

by Khai Azfar
December 2, 2019
Share on Facebook

Barangkali tanggal 30 November 2019 akan menjadi kenangan manis buat penyanyi Hazama apabila lagu dendangannya berjudul Peneman telah diumumkan menjadi salah satu dari 12 lagu yang akan bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL) pada Februari hadapan.

Hadiah Hari Lahir

View this post on Instagram

A post shared by HAZAMA (@hazamamuzik)

Menganggap pengumuman tersebut sebagai hadiah hari lahirnya, penyanyi yang berusia 35 tahun memanjatkan rasa syukur dan turut gembira kerana hasil kerja dan penglibatannya di dalam industri selama ini dihargai oleh pelbagai pihak apatah lagi ini merupakan tahun yang kelapan dia berjaya melayakkan diri ke anugerah berprestij ini termasuk menerusi lagu ciptaannya bersama Akim Ahmad buat penyanyi Ara berjudul Bunga pada AJL33.

“Kalau yang bertanding saya sebagai penyanyi ini adalah kali ketujuh dan kalau ikutkan pada setiap tahun ini adalah kali kelapan sebab tahun lepas saya cuma buat lagu untuk Ara. Dan tahun ini Alhamdulillah dapat masuk balik untuk memberi saingan kepada semua peserta-peserta Anugerah Juara Lagu pada tahun ini”

Nafi Jadi Anak Emas TV3

Bercakap mengenai dakwaan kononnya pencalonan Hazama yang sekali lagi berjaya ke AJL seperti anak emas kepada stesen televisyen TV3, dia menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan tersebut.

Sebaliknya bagi Hazama atau nama sebenarnya Hazama Bin Ahmad Hamzi dia menganggap kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil dan hanya berkongsi bakat yang ada padanya.

“Kalau diikutkan, saya berasal dari sebuah stesen televisyen yang lain. Jadi saya rasa mungkin kerana kerja saya membuahkan hasil. Saya datang ke sini tak ada kipas sesiapa, saya memang buat kerja sahaja berkongsi bakat yang ada, itulah pegangan saya selama ini. Kalau saya anak emas, dah tentu saya menang pada setiap tahun”

Selain pertaruhan untuk AJL kelak, Hazama kini sedang sibuk mengetengahkan dua bakat baharu yang juga protege dibawah bimbingannya Apex Tajudin dan Arayn Malik menerusi pertandingan realiti, Mentor Milenia musim terbaru yang turut disertai empat mentor lain iaitu Akim, Stacy, Black Hanifah dan Ernie Zakri.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ajl 34hazama
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  2. 2

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  3. 3

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  4. 4

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  5. 5

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara