Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

AJL35 14 Mac Ini Mungkin Akan Ditangguh Lagi?

by Khai Azfar
February 16, 2021
Share on Facebook

Selepas tarikh penganjuran Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) ditunda pada bulan lalu,terbaru peminat bakal menyaksikan persembahan 12 finalis hebat dalam acara itu pada 14 Mac 2021 (Ahad).

Diadakan Tanpa Penonton 

Diadakan dalam norma baharu, siaran langsung tanpa penonton itu akan diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam jam 9 malam. Difahamkan segala perancangan teliti telah dibuat bagi menjayakan AJL35 termasuklah mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan.

“Kami telah bersedia untuk menganjurkan AJL35 dalam norma baharu. Penularan Covid-19 ini membuatkan kami lebih menitik beratkan kesihatan kakitangan, artis-artis serta mereka yang terlibat menjayakan produksi ini. Dalam situasi penularan pandemik ini, kami akan memanfaatkan kebenaran serta kelonggaran yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah berkuatkuasa bermula 8 Januari lalu”

“Bila mendengar keputusan tersebut, perancangan teliti dibuat untuk memastikan kelancaran acara tahunan berprestij ini dan merancang untuk menganjurkan AJL35 pada 14 Mac 2021” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh dalam sebuah kenyataan

Bergantung Kepada Pengumuman Pihak MKN

Walau bagaimanapun, menurut Khairul tarikh tersebut bukanlah tarikh muktamad kerana segala perubahan ketetapan bergantung kepada pengumuman dari pihak MKN dari semasa ke semasa berkaitan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadualkan tamat pada 18 Februari 2021. AJL35 akan dihoskan oleh Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari.

Sebuah program khas berdurasi satu jam bersama Sherry Alhadad dan Haziq Hussni, Debaran AJL35 akan menyingkap setiap sudut persiapan AJL35 yang bersiaran secara langsung pada pukul 5.30 petang hingga 6.30 petang pada 13 Mac 2021 di TV3. Selain itu, para penonton di rumah berpeluang untuk saksikan temu bual eksklusif di karpet merah yang digelar Lounge AJL35 bersama Muaz Mohamed (Kool FM) dan Sissy Imann pada hari Sabtu, 14 Mac 2021 pada pukul 8.30 malam di TV9.

ajl35
https://lomp.at/55rvo
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Indonesia

UNGU Ubati Rindu Peminat Dengan ‘UNGU 3 DASAWARSA: Special Night In Kuala Lumpur’ 5 September Ini

by Naddy Joe
April 26, 2026

Tiga dekad dalam industri bukan sekadar satu angka, ia adalah perjalanan yang ditempa dengan jatuh bangun, evolusi dan ketahanan yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Atilia Haron Hadir Dengan ‘Di Manakah Kamu Sore Ini’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Penyanyi, Atilia Haron tampil dengan lagu terbaharu berjudul 'Di Manakah Kamu Sore Ini?' yang sarat dengan emosi. “Dimanakah Kamu Sore...

Read moreDetails
Lokal

Pitahati Kembali Dengan ‘Inchek Karma!’

by Naddy Joe
April 23, 2026

Band alternatif tempatan, Pitahati, kembali dengan single terbaharu mereka berjudul “Inchek Karma!”, yang bakal dilancarkan pada 24 April 2026 di bawah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Foto - The Fhase
Musik

“Andai” Dari The Fhase Bawa Kisah Tentang Rindu, Penyesala & Peluang Kedua

by Nurul A.
April 28, 2026

The Fhase kini kembali dengan single kedua mereka berjudul “Andai”. Ianya sebuah karya yang membawa pendengar menyelami emosi rindu, kehilangan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  4. 4

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  5. 5

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara