Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Akhirnya Aisyah Hijanah Failkan Tuntutan Cerai Terhadap Alif Teega – “Ujian Sangat Berat”

by Puteri Alia
September 1, 2024
Share on Facebook

Pempengaruh media sosial yang semakin dikenali, Aisyah Hijanah, dilaporkan telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Alif Teega, pada Ogos lalu. Tindakan tersebut diambil selepas perkahwinan mereka yang terjalin selama hampir tujuh tahun mula bergolak.

Aisyah, atau nama penuhnya Aisyah Hijanah Azhari, 26, mengemukakan permohonan cerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor. Meskipun berat hati untuk mendedahkan perkara ini, Aisyah menyatakan bahawa keputusan tersebut diambil atas pilihannya sendiri dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Dari bulan lepas sebenarnya (fail cerai). Doakan saya sebab ujian saya sangat berat,” katanya kepada media ketika diminta mengulas mengenai tindakan beraninya itu. Bagaimanapun, Aisyah enggan memberikan butiran lanjut mengenai sebab di sebalik perpisahan tersebut, malah menegaskan bahawa ia adalah keputusan peribadinya.

“Saya tak nak berkongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan melibatkan orang ramai. Tidak mengapa sebab saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa,” jelasnya lagi.

Aisyah dan Alif Teega, atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, berkahwin pada 25 November 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah. Perkahwinan mereka sebelum ini disifatkan bahagia dengan kehadiran anak-anak yang menceriakan kehidupan.

Namun, rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian ramai apabila Alif mengambil keputusan untuk berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand.

Tindakan ini dipercayai menjadi punca utama krisis yang melanda perkahwinan mereka, meskipun Aisyah tidak mengesahkan hal tersebut secara langsung.

Aisyah Hijanahalif teega
https://lomp.at/tf6s8
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

“Kenapa KA Tak Buat Food Lift, Jimat Kos?”- Khairul Aming Kongsi Alasannya

by Nurul A.
January 26, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming menjadi perhatian ramai selepas memuat naik tangkap layar beberapa individu yang mempersoalkan kaedah penghantaran makanan...

Read moreDetails
Foto - @morosechild (IG)
Lokal

Berang Bapa Tiri Dituduh Penagih, Puteri Balqis Cabar Cari Bukti

by Nurul A.
January 28, 2026

Pelakon Puteri Balqis Ashikin kembali menjadi tumpuan ramai selepas tampil mempertahankan bapa tirinya, Farris, yang dikaitkan dengan dakwaan bahawa lelaki...

Read moreDetails
Lokal

“Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

by Naddy Joe
February 25, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bukan mudah untuk menyelenggara rumah agam 28 bilik miliknya di Petaling Jaya....

Read moreDetails
Lokal

Atiq Azman Bersyukur Isteri Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Atiq Azman berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin. Atiq Azman menerusi hantaran di...

Read moreDetails
Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara