Sudah tiga tahun menyepi sejak kemunculan HUAWEI Mate 50, akhirnya HUAWEI Malaysia umumkan kepulangan siri Mate ke Malaysia. Kali ini bukan biasa-biasa, sebab yang bakal buat comeback ialah HUAWEI Mate 80 Pro.
MURAI boleh cakap, ini memang jenis kemunculan yang buat peminat flagship angkat kening.
Bukan datang seorang, Mate 80 Pro turut ditemani HUAWEI FreeBuds Pro 5, HUAWEI WATCH Ultimate 2 dan HUAWEI FreeClip 2. Satu set lengkap untuk gaya hidup moden.
Jom kita cerita satu-satu, apa yang ia jadi menarik.
1. Kamera Yang Faham ‘Mood’ Gambar
Bayangkan anda ambil gambar waktu matahari terik, dalam kafe lampu kuning, atau gambar siluet waktu backlit kuat. Biasanya mesti warna jadi pelik, kan?
Mate 80 Pro tampil dengan sistem True-to-Colour Camera yang dipertingkatkan. Maksudnya, warna lebih tepat dan nampak natural walaupun dalam situasi cahaya yang mencabar. Tak terlalu terang, tak terlebih kontras.
Nak lagi senang, ada AI Composition yang bagi panduan framing masa anda snap gambar. Kalau ada objek mengganggu, guna AI Remove. Kalau ambil gambar berkumpulan dan ada yang pejam mata, AI Best Expression boleh pilih ekspresi terbaik. MURAI rasa, ini memang kamera yang ‘tolong fikir’ untuk kita.
2. Bateri Besar, Cas Lagi Laju
Telefon power tapi bateri cepat habis memang boleh buat emosi. Mate 80 Pro dibekalkan bateri 5,750 mAh dengan 100W wired SuperCharge dan 80W wireless SuperCharge. Cas sekejap pun dah boleh guna lama.
Tambah pula sistem penyejukan SuperCool Dual Phase Change dan Ark Engine yang bantu kekalkan prestasi stabil. Nak gaming, edit video atau multitasking berat pun tak mudah panas. Ini baru flagship.
3. Tahan Lasak Tapi Masih Nampak Eksklusif
Luaran pun tak kurang hebat.
Dengan 2nd Generation Kunlun Glass dan panel belakang vegan fibre yang lebih tahan lasak, telefon ini direka untuk lebih tahan jatuh dan penggunaan harian. Rekaan Dual Space Ring Design pula kekalkan identiti siri Mate ,simetri, kemas dan premium.
Pilihan warna Gold, Green dan Black memang nampak matang dan elegan. Bukan jenis terlalu mencuba, tapi tetap menyerlah.

Menariknya, pembeli Mate 80 Pro berpeluang terima hadiah percuma bernilai sehingga RM2,115 termasuk MatePad 11.5, Huawei Premium Service, setahun Huawei Care+, tiga tahun penggantian bateri, dua tahun pelindung skrin dan jaminan APAC setahun.
Pelancaran rasmi dijadualkan pada 12 Mac 2026. Murai rasa, kemunculan semula siri Mate kali ini memang ada gaya.
Persoalannya sekarang, anda team kamera, team bateri atau team design?






