MURAI nak cerita sikit pasal isu yang tengah “meletup” di media sosial beberapa hari ni. Kalau anda ikut perkembangan, mesti perasan video seorang pempengaruh dan pencipta kandungan Iman Kamil yang tunjuk lengan dia dicacah tatu tengah tular. Ramai yang beri pendapat, daripada ilmuwan, kaunselor, sampai agamawan. Memang panas, habis semua orang bagi komen!
Tapi dalam kesibukan tu, ada suara penting yang MURAI rasa patut kita dengar iaitu dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menerusi Bernama. Beliau pesan:
“Sebagai umat Islam, kita hendaklah memelihara iman dan maruah serta mengelakkan daripada membuka aib di media sosial ketika berhadapan masalah, sebaliknya berusaha mendapatkan bantuan pakar.”
MURAI nak highlight sikit, memang betul tu. Kadang-kadang kita rasa nak “kongsi semua benda” dekat media sosial, tapi sebenarnya itu boleh buat keadaan jadi lebih rumit. Jadi apa yang Dr. Zulkifli pesan, cari pakar, jangan buka aib sendiri.
Kalau anda tak tahu, JAKIM ada sediakan khidmat nasihat, kaunseling syarie dan terapi secara percuma dekat KSKCareCentre, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Jadi, kalau tengah struggle, ada tempat untuk dapatkan bantuan profesional.
Tentang isu tatu ni, macam-macam pandangan keluar. Ada yang kata itu cuma gimik sebab rekaannya dijual online, bukan tatu kekal. Ada juga yang terkejut bila tengok orang dalam keadaan depresi sanggup buat video dengan suntingan subtitle. Tapi, MURAI setuju dengan kata-kata Dr. Zulkifli yang penting iman, maruah dan bantuan pakar.
MURAI nak ingatkan, jangan sesekali kita guna media sosial untuk “melepaskan” masalah peribadi sampai buka aib diri sendiri. Gunakan platform itu untuk positif, atau lebih baik, dapatkan nasihat daripada mereka yang bertauliah. Dengan adanya khidmat kaunseling seperti yang disediakan JAKIM, kita semua boleh hadapi isu emosi dan mental dengan cara lebih sihat.
Jadi, lepas ni kalau rasa down atau stress, ingat nasihat MURAI dan Dr. Zulkifli, jaga iman, jaga maruah, dan jangan takut untuk minta bantuan pakar!







