Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update

Akhirnya Menteri Agama, Dr. Zulkifli Hasan Buka Mulut Isu Iman Kamil Cacah Tatu

by Phic ARMAN
March 25, 2026
44
KONGSIAN
Share on Facebook

MURAI nak cerita sikit pasal isu yang tengah “meletup” di media sosial beberapa hari ni. Kalau anda ikut perkembangan, mesti perasan video seorang pempengaruh dan pencipta kandungan Iman Kamil yang tunjuk lengan dia dicacah tatu tengah tular. Ramai yang beri pendapat, daripada ilmuwan, kaunselor, sampai agamawan. Memang panas, habis semua orang bagi komen!

Tapi dalam kesibukan tu, ada suara penting yang MURAI rasa patut kita dengar  iaitu dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menerusi Bernama. Beliau pesan:

“Sebagai umat Islam, kita hendaklah memelihara iman dan maruah serta mengelakkan daripada membuka aib di media sosial ketika berhadapan masalah, sebaliknya berusaha mendapatkan bantuan pakar.”

MURAI nak highlight sikit, memang betul tu. Kadang-kadang kita rasa nak “kongsi semua benda” dekat media sosial, tapi sebenarnya itu boleh buat keadaan jadi lebih rumit. Jadi apa yang Dr. Zulkifli pesan, cari pakar, jangan buka aib sendiri.

Kalau anda tak tahu, JAKIM ada sediakan khidmat nasihat, kaunseling syarie dan terapi secara percuma dekat KSKCareCentre, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Jadi, kalau tengah struggle, ada tempat untuk dapatkan bantuan profesional.

Tentang isu tatu ni, macam-macam pandangan keluar. Ada yang kata itu cuma gimik sebab rekaannya dijual online, bukan tatu kekal. Ada juga yang terkejut bila tengok orang dalam keadaan depresi sanggup buat video dengan suntingan subtitle. Tapi, MURAI setuju dengan kata-kata Dr. Zulkifli  yang penting iman, maruah dan bantuan pakar.

Topik Berkaitan [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

MURAI nak ingatkan, jangan sesekali kita guna media sosial untuk “melepaskan” masalah peribadi sampai buka aib diri sendiri. Gunakan platform itu untuk positif, atau lebih baik, dapatkan nasihat daripada mereka yang bertauliah. Dengan adanya khidmat kaunseling seperti yang disediakan JAKIM, kita semua boleh hadapi isu emosi dan mental dengan cara lebih sihat.

Jadi, lepas ni kalau rasa down atau stress, ingat nasihat MURAI dan Dr. Zulkifli,  jaga iman, jaga maruah, dan jangan takut untuk minta bantuan pakar!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dr. Zulkifli HasanIman Kamil
Share18Tweet11SendShare

KINI TRENDING

Update

4 Mayat Ditemui Dalam 72 Jam, Ini 5 Fakta Kes Jeju Yang Mengejutkan Korea Selatan

by Phic ARMAN
August 26, 2026

Siapa sangka di sebalik keindahan Jeju yang cukup popular dalam kalangan pelancong, kini muncul satu kes yang mengundang persoalan ramai?...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Kenapa Meerqeen Dipilih Jadi Duta REDMI Note 17 Series?

by Phic ARMAN
August 20, 2026

Bila Xiaomi umumkan Meerqeen sebagai Malaysia Ambassador untuk REDMI Note 17 Series, ramai mungkin tertanya-tanya, kenapa Meerqeen? Jawapannya sebenarnya cukup...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Update

Bukan Sekadar Buka Cawangan Baharu, KESS Perkasa Komuniti Anak Istimewa Bersama PRISMA

by Phic ARMAN
August 26, 2026

Satu lagi langkah positif dalam usaha memperkasakan komuniti anak istimewa apabila Pertubuhan Ibu Bapa Anak Anak Istimewa Malaysia (PRISMA) dan...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara