Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Akhirnya MK K-Clique Dedah Wajah Anak Perempuan, Aya Rayana Di Pentas Konsert

by Aphit J.
July 27, 2025
Share on Facebook

Selepas hampir setahun menyimpan rahsia, penyanyi rap terkenal MK K-Clique akhirnya mendedahkan wajah anak perempuannya, Aya Rayana, yang kini berusia 11 bulan.

Membawa Anak Naik Ke Atas Pentas

Detik istimewa itu berlaku ketika MK membuat persembahan di sebuah konsert di Putrajaya pada Jumaat lalu.

Dalam momen penuh kejutan itu, MK membawa Aya ke atas pentas sambil disambut sorakan para peminat.

Aksi spontan tersebut dirakam peminat dan tular di TikTok bagi pemilik Mishatery dan menarik perhatian ramai yang teruja melihat gelagat anak kecil itu.

Rata-rata netizen memuji kecomelan Aya dan kagum melihat keberanian MK membawa anak kecilnya ke pentas.

Ramai juga yang menyifatkan Aya sangat bertuah kerana memiliki seorang bapa yang dikenali ramai dan berbakat besar dalam dunia muzik.

Comel sangat, bertuah Aya ada bapa macam MK.

Dia tenang je atas pentas. Pandai MK jaga anak.

Teruja Melihat Wajah Anak

via Tiktok Mistahery

Tidak kurang juga yang teruja kerana ini kali pertama MK berkongsi wajah anaknya secara terbuka selepas sekian lama merahsiakan dari umum.

Sekadar makluman, MK yang kini berusia 29 tahun mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Siti Hajaar pada 16 Jun 2023.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aya Rayana, yang dilahirkan pada Ogos tahun lalu.

Tindakan MK membawa anak ke pentas dilihat sebagai satu momen istimewa dan menyentuh hati peminat, menunjukkan sisi peribadi seorang bapa yang penyayang di sebalik imej rapnya.

MK sebelum ini terkenal dengan sikap yang agak tertutup tentang kehidupan peribadinya, menjadikan perkongsian kali ini lebih bermakna buat para peminat yang sentiasa mengikuti perkembangannya.

Detik itu nyata menjadi kenangan manis bukan sahaja buat MK dan keluarga, tetapi juga buat para peminat yang menyaksikannya secara langsung mahupun di media sosial.

Aya RayanaMK K-Cliqu
https://lomp.at/9rt4x
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Spotlight

“Saya Ingatkan Orang Malaysia Dah Educate”- Waheeda Simpati Dengan Siti Nurhaliza

by Phic ARMAN
March 2, 2026

Nama penyanyi dan penceramah bebas, Waheeda, kembali jadi sebutan apabila kenyataannya mengenai isu telekung dan aurat tular di media sosial....

Read moreDetails
Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Pesan, -“Elak DM Untuk Luah Masalah, Orang Ambil Kesempatan Ramai”

by Nurul A.
January 26, 2026

Pelakon dan usahawan, Adam Corrie mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu nasihat di platform Threads untuk pengikutnya, khususnya golongan wanita....

Read moreDetails
Musik

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

by Phic ARMAN
January 9, 2026

Menjelang Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, nama Datuk Seri Siti...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore